Arsenal Mahukan Chris Smalling

Diterbitkan: Jumaat, 7 November 2014 8:29 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS mendapatkan Danny Welbeck dari Manchester United baru-baru ini, Arsenal kini dilaporkan sedang mengintai seorang lagi pemain kelab itu untuk dibawa masuk menerusi tingkap pemindahan Januari.

Arsene Wenger yang sedang bergelut dengan krisis pertahanan dikatakan mahu mendapatkan Chris Smalling sebagai jalan penyelesaian.

Pengendali Arsenal itu kembali menyenaraikan Smalling sebagai pilihan utama selepas Pengurus United, Louis van Gaal dilaporkan sedia melepaskan pertahanan berkenaan.

Wenger sebelum ini telah mengarahkan skuad pemilihan pemain untuk mendapatkan seorang pertahanan tengah bagi menggantikan Laurent Koscielny dan Mathieu Debuchy yang tidak dapat beraksi.

Jurulatih itu juga mengakui tidak dapat menjangkakan bila pemain pertahanan itu dapat kembali membantu skuadnya.

Selain itu, Arsenal juga dilaporkan memerlukan seorang pemain tengah pertahanan dan berikutan itu pemain muda Paris Saint Germain, Adrien Rabiot, 19, telah disenaraikan sebagai pilihan utama.

Bagaimanapun, hasrat Arsenal berjaya dinafikan oleh PSG yang menawarkan kontrak baharu kepada pemain tengah terbabit.

Sehubungan itu, pemain Southampton, Morgan Schneiderlin kini menjadi sasaran Arsenal pada tingkap pemindahan Januari nanti.

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan