Pemain Man City Berdepan Krisis Keyakinan - Pellegrini

Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 11:35 AM

(Ubah saiz teks)

PENGENDALI Manchester City, Manuel Pellegrini mengakui anak didiknya yang bertaraf bintang kini sedang berhadapan krisis keyakinan selepas mereka kalah mengejut kepada CSKA Moscow di Stadium Etihad pada awal pagi Khamis.

Malah, Pellegrini turut bingung dengan kekalahan mengejut skuadnya di laman sendiri.

"Ia sangat sukar untuk difahami apabila mereka bermain begitu teruk sejak awal permainan. Mereka begitu gemuruh dan beri dua jaringan kepada pasukan lawan - mereka tidak bermain.

"Saya tidak memahami kenapa, tetapi mereka perlu cari sebabnya kerana mereka yang mewujudkan situasi tersebut.

"Ini adalah krisis keyakinan. Itu mentaliti pemain, kesemua mereka merupakan pemain penting, oleh itu saya tidak faham kenapa mereka tidak dapat bermain (gemuruh) dalam Liga Juara-juara Eropah" kata Pellegrini.

Lebih memalukan bagi jurulatih itu apabila dua pemainnya, Yaya Toure dan Fernandinho dibuang padang.

City bakal bertemu Bayern Munich dalam perlawanan seterusnya Liga Juara-juara Eropah.

Tags / Kata Kunci: Manchestr City

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan