Arsenal 3-3 Anderlecht: Wenger Kecewa, Runsing

Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 8:57 AM

(Ubah saiz teks)

PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger kecewa dan runsing dengan aksi anak didiknya apabila gagal mengutip tiga mata penuh walaupun berjaya mengatasi Anderlecht 3-0 pada 60 minit pertama saingan Liga Juara-juara Eropah, awal pagi Rabu.

Dalam saingan kumpulan D itu, Arsenal hanya mampu mengutip satu mata apabila sekadar seri 3-3 di Stadium Emirates.

Turun sebagai tuan rumah, Arsenal bermula garang dengan mempamerkan aksi seperti sebuah pasukan yang mampu menjuarai Liga Juara-juara Eropah.

Peluang diberikan penalti pada minit ke-25 berjaya disempurnakan oleh Mikel Arteta, sebelum Alexis Sanchez menggandakan jaringan pada minit ke-29.

Arteta wheels away in celebration after putting Arsenal in the driving seat midway through the first half Arteta wheels away in celebration after putting Arsenal in the driving seat midway through the first half
Bagaikan belum puas dengan jaringan tersebut, Alex Oxlade-Chamberlain pula tampil sebagai hero dengan menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-58.

Sanchez shows his delight after putting Arsenal 2-0 up inside the first half at the Emirates

Keputusan yang memberikan keselesaan kepada penyokong dan pemain Arsenal itu bagaimanapun tidak kekal lama apabila Anderlecht mula mempamerkan kebangkitan.

Bekas pemain Portsmouth, Anthony Vanden Borre berjaya mendapatkan gol pertama buat pasukan pelawat pada minit ke-61 sebelum Anderlecht dihadiahkan penalti dan disempurnakan pemain sama.

Ketika permainan berada di penghujungnya, Aleksandar Mitrovic menjadi dalang dengan menyekat kegembiraan Arsenal apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-90.

Sementara itu, Wenger yang jelas kecewa dengan keputusan tersebut menyifatkan kegagalan berkenaan berpunca daripada barisan pertahanan.

"Ia merupakan persembahan buruk daripada pertahanan. Kami telah menang 3-0, tetapi akhirnya hanya seri 3-3. Kami telah dihukum oleh sikap," katanya.

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Arsene Wenger

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan