Brendan Rodgers Dikritik Kerana Rehatkan 7 Pemain Utama - Bola Sepak | mStar

Brendan Rodgers Dikritik Kerana Rehatkan 7 Pemain Utama

Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 9:24 AM

(Ubah saiz teks)

BRENDAN RODGERS mempertahankan tindakannya merehatkan tujuh pemain utama ketika bertemu Real Madrid dalam saingan Liga Juara-juara Eropah di Bernabeu, awal pagi Rabu.

Pengendali Liverpool itu dikritik apabila merehatkan pemain utama seperti Steven Gerrard, Raheem Sterling dan Mario Balotelli dalam sebuah perlawanan terbesar untuk kelab itu diperingkat eropah sejak 2009.

Akibat daripada tindakan itu juga, pasukan pelawat tewas 1-0 kepada Real hasil jaringan tunggal Karim Benzema pada babak pertama permainan.

Simon Mignolet (second left) looks dejected as Real Madrid's players congratulate Karim Benzema (third right) after his opener

Malah, pengkritik menyifatkan Liverpool gagal melakukan serangan untuk menyamai kedudukan kerana kehilangan beberapa pemain utama.

Gerrard dan Sterling bagaimanapun dimasukkan pada minit ke-69 untuk membantu skuad utama, namun kedua-dua pemain terbabit gagal membawa perubahan.

Rodgers berkata, dia mempunyai alasan tersendiri apabila merehatkan tujuh pemain utama dan berjaya mencatatkan keputusan lebih baik berbanding tewas 0-3 di Anfield baru-baru ini.

Sementara itu, dalam perlawanan tersebut bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo gagal mendapatkan jaringan selepas dikawal ketat.

Aksi cemerlang pejaga gol pelawat, Mignolet juga menjadi punca Ronaldo menambah koleksi jaringan. 

Tags / Kata Kunci: Liverpool , Brendan Rodgers
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan