Meludah Pemain Lawan: FA Putuskan Fellaini Tidak Bersalah

Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 12:39 PM

Marouane Fellaini.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pemain tengah Manchester United, Marouane Fellaini tidak akan dikenakan sebarang tindakan oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) atas dakwaan meludah penyerang Manchester City, Sergio Aguero pada pertembungan Ahad lalu. 

Ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris baru-baru ini, berlaku pergelutan mendapatkan bola di kawasan penalti United yang menyaksikan Fellaini mengasari Aguero dengan penyerang City itu rebah untuk mendapatkan sepakan penalti.

Begitupun, tindakan itu tidak dilihat sebagai kesalahan oleh pengadil, Michael Olivier dan Fellaini berang lalu mencemuh Aguero yang masih terbaring, dia didakwa turut meluadah kepada pemain City berkenaan. 

Rakaman video jelas memperlihatkan ada air liur yang terkeluar daripada mulut pemain antarabangsa Belgium itu namun dia sendiri menafikan sengaja meludah pemain lawan.

"Wartawan gemar untuk mereka-reka cerita sekalipun ia tidak ada. Terima kasih kepada mereka," kata bekas pemain Everton itu dalam laman Twitter.

Selepas meneliti kembali rakaman video perlawanan itu, Panel Disiplin FA berkata apa yang mereka lihat bukanlah satu tindakan yang sengaja.

Jurucakap FA turut mengesahkan pemain berambut kerinting itu tidak akan dikenakan sebarang hukuman.

City menang 1-0 pertembungan di Eastland itu juga hasil jaringan tunggal Aguero.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan