Arsenal Hilang Khidmat Wilshere Temu Anderlecht

Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 12:57 PM

Jack Wilshere.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Bintang tengah Arsenal, Jack Wilshere terlepas pertembungan Liga Juara-Juara Eropah menentang Anderlecht di Emirates, awal pagi Selasa akibat masalah kesihatan.

Selain tidak sihat, Wilshere, 22 turut bergelut dengan kecederaan lutut dan tidak beraksi sejak Arsenal merekod kemenangan 2-1 pada aksi pertama ke atas Anderlecht, dua minggu lalu.

Begitupun, pengurus, Arsene Wenger menjangkakan pemain tengah England itu mampu pulih sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Swansea pada Ahad.

Arsenal mampu mengesahkan tempat di peringkat kalah mati seandainya berjaya menewaskan Anderlecht dengan syarat pendahulu D Borussia Dortmund menang ke atas kelab Turki, Galatasaray.


"Jika kami boleh mengesahkan untuk layak, saya menggambarkan perasaan kami sebagai puas dapat menyelesaikan kerja ini," kata Wenger.

"Kami menghormati Anderlecht kerana mereka memberikan kami perlawanan yang sukar dan kami memerlukan sedikit keajaiban di minit terakhir perlawanan itu sebelum menang.

"Kami sudah diberi amaran dan kini kami mahu menang perlawanan di Emirates," katanya.

Sejak menewaskan Anderlecht, Arsenal merekodkan dua kemenangan berturut-turut dalam aksi EPL dengan kemenangan ke atas Sunderland dan Burnley, menjaringkan lima gol tanpa sebarang bolos.

Bintang Chile, Alexis Sanchez yang meledak gol dalam kedua-dua perlawanan itu membuatkan Wenger percaya penyerangnya itu mula menampilkan kualiti sebenarnya. 

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Jack Wilshere

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan