T-Team Mahu Pemain Import Baharu Musim 2015

Diterbitkan: Isnin, 3 November 2014 3:09 PM

Mohd Hasbullah (kiri) kekal bersama T-Team musim depan.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Dalam usaha untuk memberi lebih saingan dalam Liga Malaysia musim 2015, T-Team akan menggantikan kesemua pemain importnya yang sedia ada.

Ini bermakna penyerang import musim ini seperti Jimmy Mulisa dari Rwanda, Patrich Wanggai (Indonesia) serta pemain tengah Leandro Dos Santos (Brazil) tidak akan lagi disambung kontrak mereka.

Perkara ini dinyatakan penolong jurulatihnya Mohd Azhari Salim yang memberitahu pihaknya kini sedang mencari pemain import baharu sebelum T-Team memulakan latihan sebelum pertengahan bulan ini.

Beliau berkata T-Team juga sedang mencari jurulatih baharu dan tidak menolak kemungkinan ia diambil dari luar negara.   

Namun pada masa yang sama, beliau berkata T-Team akan mengekalkan beberapa pemain musim ini termasuk ketua pasukan Marzuki Yusof. -

Mohd Azhari berkata antara pemain lain yang dijangka dikekalkan ialah Mohd Faizal Muhamad, Mohd Hasbullah Awang, Nuraliff Zainal Abidin (pertahanan), Mohd Shahril Saa'ri (penjaga gol) dan Badrul Hisyam Morris (tengah).

"Mereka semua ini adalah anak Terengganu yang masih boleh diharap dapat membantu T-Team dalam saingan musim depan," katanya.

T-Team bakal bermain dalam saingan Liga Perdana musim depan.

Menurutnya, T-Team telah menyenaraikan 22 nama pemain muda yang baharu yang majoritinya anak tempatan bagi mengembalikan semula T-Team ke Liga Super pada 2016.

Tags / Kata Kunci: T-Team

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan