Skuad Tok Gajah Bakal Terima Imbuhan Dua Kali Ganda

Diterbitkan: Isnin, 3 November 2014 11:50 PM

Adnan Yaakob

Datuk Seri Adnan Yaakob

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang bakal memberi ganjaran wang tunai dua kali ganda daripada jumlah yang diberikan tahun lepas, kepada skuad Tok Gajah atas kejayaan membawa pulang Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut, musim ini.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata jumlah itu setimpal dengan usaha dan penat lelah pasukan itu untuk mempertahankan kejuaraan selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada perlawanan akhir, Sabtu lepas. 

"Saya tidak mahu beritahu berapa tetapi jumlahnya dua kali ganda dari tahun sebelum ini. Saya rasa ganjaran tersebut sangat berbaloi untuk mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan kepulangan dan meraikan kejayaan skuad Tok Gajah, bersama-sama kira-kira 30,000 penyokong pasukan itu di Stadium Darul Makmur, di sini Isnin. 

Turut hadir, Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah. 

Pada tahun lepas, Adnan mengumumkan ganjaran wang tunai RM30,000 kepada setiap pemain dan pegawai, termasuk imbuhan kepada pegawai sokongan skuad Tok Gajah berikutan kejayaan mereka memenangi Piala Malaysia 2013. 

Mengulas lanjut, Adnan berkata ganjaran tersebut akan diberikan kepada seluruh pasukan termasuk pemain, pegawai dan pegawai sokongan pasukan berkenaan.

"Semua yang terlibat kita akan beri termasuklah tukang buat air. Jumlah itu nanti kita umumkan tetapi yang pasti ganjaran ini kita akan berikan secepat mungkin," katanya. 

Dalam pada itu, beliau berkata kejayaan yang dikecapi oleh skuad Pahang itu adalah hasil usaha Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman, yang tidak mengenal erti penat lelah dalam memajukan bola sepak Pahang. 

"Kerajaan negeri akan sentiasa memberi sokongan padu kepada pasukan Pahang, namun tanpa sokongan penyokong kita tidak akan sampai ke tahap ini," katanya. 

Pada aksi akhir Piala Malaysia 2014 Sabtu lepas, Pahang menewaskan JDT 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas masa tambahan.

Terdahulu, skuad Tok Gajah diarak menaiki sebuah bas khas dua tingkat dari Plaza Tol Kuantan hingga ke Stadium Darul Makmur, dengan diiringi kira-kira 20,000 penyokong bola sepak negeri itu.

Tags / Kata Kunci: Tok Gajah , Datuk Seri Adnan Yaakob

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan