Jurulatih, Kapten Skuad Tok Gajah Kekal Musim Depan

Diterbitkan: Isnin, 3 November 2014 11:54 PM

Kapten Pahang, Mohd Razman Roslan menjulang Piala Malaysia sambil disaksikan kira-kira 15,000 penyokong setia pasukan Pahang sejurus tiba di perkarangan Stadium Darul Makmur, di Kuantan, Isnin. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) mengesahkan jurulatih Zainal Abidin Hassan dan kapten Mohd Razman Roslan akan kekal bersama pasukan Tok Gajah, pada musim depan.


Presidennya Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah berkata setakat ini beliau belum menerima berita yang mengatakan mereka mendapat tawaran atau berpindah ke pasukan lain.

"Saya juga akan mengadakan berbincang dengan pegawai-pegawai PBNP mengenai status pemain, termasuk meneliti semula kontrak mereka yang mungkin akan tamat tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis meraikan kejayaan pasukan itu mempertahankan Piala Malaysia 2014 di Stadium Darul Makmur di sini Isnin. 

Tengku Abdul Rahman juga percaya sebahagian besar pemain skuad Piala Malaysia Pahang yang menjadi tonggak utama akan kekal bersama Tok Gajah.

Bagaimanapun beliau memberi kebebasan kepada pemain untuk membuat keputusan sama ada untuk kekal atau berpindah kepada pasukan lain jika mereka mendapat peluang yang lebih baik.

Mengulas mengenai masa depan penyerang import, Dickson Nwakaeme, beliau berkata, pemain itu melahirkan hasrat untuk bermain di Eropah dan memaklumkan akan menjalani ujian bersama sebuah kelab di Perancis.

"Andai gagal di sana, dia boleh kembali kepada Pahang pada tahun hadapan kerana kita sentiasa terbuka menerimanya untuk bermain di dalam skuad Tok Gajah," katanya.

Mengenai pemain baharu yang akan dibawa ke dalam skuad Tok Gajah, Tengku Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan bahawa Pahang perlu membeli beberapa pemain yang berkualiti sebagai persiapan tahun hadapan, terutama untuk beraksi dalam Piala AFC.

"Jika saya diberi peluang, saya akan pilih pemain Kedah, Badrol Bakhtiar untuk bermain dengan Pahang tetapi mestilah dibuat melalui saluran yang betul kerana saya tak mahu ambil pemain yang masih terikat dengan kontrak," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan