City vs United: Medan Saling Membalas Dendam Dua Bintang Argentina

Diterbitkan: Ahad, 2 November 2014 9:35 AM

(Ubah saiz teks)

PERLAWANAN Manchester City menentang Manchester United pada Ahad bukan sahaja bakal menampilkan perseteruan antara kelab kejiranan tetapi turut menjadi medan membalas dendam untuk dua bintang Argentina.

Permusuhan antara pertahanan United, Marcos Rojo dan penyerang City, Sergio Aguero sejak Piala Dunia lalu akan menghangatkan lagi permainan tersebut.

Perseteruan antara dua bintang Argentina itu berpunca daripada seorang wanita iaitu teman wanita Agureo, Karina Tejeda.

Sergio Aguero and girlfriend Karina Tejeda
Aguero bersama teman wanitanya, Karina. 

Aguero mula bersama Karina selepas berpisah dengan anak Diego Maradona, Giannina sejak dua tahun lalu.

Kisah dendam di hati masing-masing jelas kelihatan apabila Sergio Aguero mengelak untuk bertemu Rojo pada program Liga Kicks bersama kanak-kanak di sebuah akademi di Ardwick, Manchester pada Jumaat.

Pada majlis tersebut, empat pemain Argentina iaitu Rojo, Angel Di Maria (United), Zabaleta dan Aguero (City) dijemput bersama kanak-kanak di akademi berkenaan.

Bagaimanapun Aguero mengelak untuk hadir pada saat akhir dengan memberitahu penganjur bahawa dia terpaksa menjemput keluarga di lapangan terbang.

"Mana Sergio? Mungkin dia takut," kata Rojo mencari Aguero pada program tersebut.

Permusuhan itu berlaku apabila Rojo menjemput bekas suami teman wanita Aguero iaitu bintang pop Argentina, Cwirkaluk memasuki bilik persalinan ketika skuad berkenaan menyambut kememangan menentang Nigeria pada Piala Dunia lalu.

Tindakan Rojo telah mengundang rasa marah Aguero sehingga pegawai pasukan Argentina perlu campur tangan dalam mententeramkan suasana.

Berikutan persengkataan itu juga, Rojo berjanji untuk tidak membiarkan Aguero bergerak bebas pada perlawanan kali ini.

"Saya akan menjaganya dengan penuh ketegasan, dia tidak akan dibiar bebas," jelasnya.


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan