City vs United : Pertembungan Bintang Argentina

Diterbitkan: Sabtu, 1 November 2014 9:16 AM

Zabaleta dan Di Maria, merupakan dua pemain Argentina yang bakal bersaing demi Manchester pada Ahad ini.

(Ubah saiz teks)

PERTEMUAN dua pasukan Manchester pada minggu ini bukan sahaja menyaksikan pertembungan kelab gergasi England, tetapi persaingan antara pemain Argentina yang merangkul gelaran naib juara Piala Dunia.

Manchester United dijangka membariskan Angel Di Maria dan Marcos Rojo manakala City pasti menurunkan Sergio Aguero, Pablo Zabaleta, Martin Demichelis selain penjaga gol simpanan Willy Cabalero.

Pada Julai lalu, kesemua pemain dari dua kelab itu bersatu hati bersaing demi negara mereka sebelum ditewaskan oleh Jerman pada aksi final.

Bagaimanapun, pada Ahad ini, barisan pemain Argentina itu akan bersaing demi kelab masing-masing pada perlawanan tumpuan dunia.



"Apapbila melihat sesama sendiri di dalam terowong sebelum ke padang, saya rasa tidak salah untuk saling menyapa dan berkata 'hai'. Itu normal - tetapi apabila berada di atas padang, tiada lagi erti persahabatan. Perjuangan hanya untuk kelab dan jersi yang dipakai," kata Di Maria.

Pemain berusia 26 tahun itu kini bersedia untuk menghadapi perlawanan bertemu musuh setempat kerana telah biasa dengan permainan seperti itu.

Apa yang pasti, penting baginya untuk memastikan United mengutip tiga mata penuh di tempat lawan.


Pemain United ketika latihan menghadapi City pada Ahad.

Tags / Kata Kunci: Manchester , Argentina

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan