Liverpool Tewas 0 - 1 Kepada Newcastle

Diterbitkan: Sabtu, 1 November 2014 11:05 PM

Pemain New Castle Rolando Aarons, tengah, diasak oleh dua pemain Liverpool, Joe Allen, kiri, dan kapten pasukan Steven Gerrard, kanan, ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di St James Park, Newcastle, England pada malam Sabtu.

(Ubah saiz teks)

NEWCASTLE: Pemain Sepanyol, Ayoze Perez Gutierrez yang hadir selaku pemain gantian muncul wira pasukan membantu Newcastle United menewaskan Liverpool 1-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, yang berlangsung di St James Park pada malam Sabtu.

Gol itu menyusul pada minit ke-73 untuk melonjakkan pasukan Magpies ke kedudukan lebih baik dalam carta liga.

Namun, lebih mengecewakan penyerang Liverpool, Mario Balotelli yang gagal menjaringkan gol biarpun Reds menguasai perlawanan sebelum Perez meledak jaringan pada minit ke-73 berikutan pertahanan pasukan pelawat yang agak longgar. 


Keputusan tersebut membolehkan Newcastle meraih empat kemenangan berturut-turut musim ini termasuk menewaskan Manchester City dalam aksi Piala Liga baru-baru ini. 

Tiga mata yang diraih skuad bimbingan Alan Pardew itu membolehkan Newcastle menduduki tempat kesembilan liga ketika ini.

Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers berkata, kesilapan yang dilakukan pasukannya telah dihukum dengan kekalahan tersebut. 

Bagaimanapun Rodgers tidak menyalahkan mana-mana pemainnya biarpun dapat dilihat Balotelli gagal memanfaatkan peluang menjaringkan gol sewaktu separuh masa kedua. 

“Kekalahan ini bukan disebabkan oleh Balotelli kerana kami bermain sebagai satu pasukan dan ini lebih berkaitan tentang pasukan, bukannya terarah kepada mana-mana pemain. 

“Kesilapan yang kami lakukan telah menjejaskan keputusan pada perlawanan ini,” kata Rodgers.

Tags / Kata Kunci: New Castle , Liverpool

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan