Hujan Lebat, Jalan Sesak Tidak Halang Penyokong JDT, Pahang Ke Bukit Jalil

Diterbitkan: Sabtu, 1 November 2014 5:20 PM

Laluan pejalan kaki di luar stadium turut ditenggelami air selepas hujan lebat melanda ibu negara pada tengah hari Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hujan lebat di ibu negara menyebabkan laluan pejalan kaki di luar Stadium Nasional Bukit Jalil ditenggelami air hingga ke paras buku lali. 

Biarpun demikian kejadian tersebut tidak menghalang penyokong pasukan Pahang dan JDT untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil di sini bagi memberi sokongan kepada pasukan masing-masing yang bakal berentap pada aksi final Piala Malaysia pada Sabtu.

Tinjauan mStar Online menerusi pengangkutan awam, Transit Aliran Ringan (LRT) mendapati, setiap gerabak ke Sri Petaling sesak dengan penyokong skuad Tok Gajah dan Harimau Selatan.

Sehingga pukul 5 petang, lautan kuning dan biru mengisi setiap gerabak tanpa sebarang masalah dan dikawal ketat oleh pasukan keselamatan.

Tanpa mengira bangsa dan agama, pelbagai lapisan umur kelihatan dengan gaya tersendiri bagi memberikan sokongan kepada pasukan mereka.

Hujan lebat selain itu turut mengakibat kesesakan di sekitar Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, malah penulis sendiri turut terperangkap dengan kesesakan di laluan pejalan kaki.

Bagaimanapun, ia tidak melunturkan semangat penyokong untuk memastikan mereka berada di dalam stadium sebelum wisel permulaan permainan ditiup pengadil perlawanan.

Selain itu, pemerhatian mendapati terdapat penyokong kedua-dua pasukan yang masih cuba mendapatkan tiket menerusi pihak ketiga.

Suasana di luar stadium juga mulai sibuk dan penyokong mula membanjiri perkarangan stadium.


Namun ada juga penyokong yang masih tidak mengendahkan larangan membawa dan membakar suar di perkarangan stadium. Mereka dilihat dengan sengaja membakar suar tanpa mengendahkan penyokong yang lain. 


Penyokong Pahang yang tiba lebih awal sebelum hujan di Bukit Jalil.


Tags / Kata Kunci: Piala Malaysia , Pahang , JDT

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan