Raul Sertai New York Cosmos

Diterbitkan: Jumaat, 31 Oktober 2014 12:07 AM

Raul.

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Legenda Sepanyol, Raul yang juga penjaring terbanyak Real Madrid sepanjang zaman menandatangani kontrak dengan New York Cosmos pada Khamis.

Raul, 37, yang kekal selaku penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Eropah dengan 71 gol akan menyertai Cosmos untuk kempen Liga Bola Sepak Amerika Utara, April tahun depan.

Malah pada masa sama, Raul akan berkhidmat sebagai penasihat teknikal pasukan akademi remaja kelab itu.

Cosmos pada satu ketika dilabel sebagai kelab terkemuka dunia dan pernah dibintangi legenda dunia seperti Pele dan Franz Beckenbauer pada era 70-an.

Raul menyertai Real pada 1994 ketika berusia 17 tahun dan menghabiskan kerjaya bersama kelab gergasi Sepanyol itu selama 16 musim.

Beliau berjaya menjaringkan 323 gol untuk kelab Los Blancos itu serta enam gelaran La Liga, empat Piala Super Sepanyol dan tiga trofi Liga Juara-Juara.

Raul pernah menyarung jersi Schalke 04 selama dua tahun selepas meninggalkan Real pada 2010.

Tags / Kata Kunci: Raul , New York Cosmos

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan