Harimau Malaya Berwajah Baharu Menjelang Piala AFF Suzuki

Diterbitkan: Jumaat, 31 Oktober 2014 7:52 PM

Robin Kok (kanan) bersama Pakar Produk Nike Malaysia Gary Arwin memperkenalkan jersi baharu pasukan Harimau Malaya keluaran Nike menjelang kejohanan bagi merebut Piala AFF, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Harimau Malaya bakal tampil dengan semangat baharu menjelang saingan Piala AFF Suzuki 2014 apabila Nike Malaysia melancarkan jersi terkini pasukan bola sepak kebangsaan itu.


Pengurus pemasarannya, Robin Kok berkata, menerusi rekaan terkini itu, secara simbolik ianya menggambarkan semangat baharu pasukan negara yang sudah pasti akan mendapat sokongan padu dari seluruh peminat bola sepak negara.

"Diharap kit ini akan membakar semangat berani dalam diri pasukan dan juga memberi insipirasi kepada para peminat bagi menggapai kecemerlangan dalam diri masing-masing," katanya kepada pemberita pada majlis memperkenalkan kit terbaharu pasukan Harimau Malaya di Nike store, Pavilion di sini, Jumaat.

Beliau berkata, jalur hitam kuning pada jersi 'home' (bermain di tempat sendiri) melambangkan kemegahan negara dan corak tersebut mula digunakan sejak 1958 dan kemudiannya mendapat sentuhan moden sesuai dengan perubanan masa.

Jersi 'away' (bermain di tempat lawan) pula menyerlahkan warna biru terang dengan kolar putih dengan gaya polo moden berserta dengan slogan "TANAH TUMPAHNYA DARAHKU" direka semula bagi menonjolkan semangat berani yang dimiliki pasukan kebangsaan.

Peminat boleh mendapatkan kit terbaharu itu secara eksklusif dengan harga RM249 di kedai berdaftar Nike Pavilion KL, KLCC, Sunway Pyramid, TFC Lot10, TFC Pertama, dan Al-Ikhsan KL Festival City bermula pada jam 8.30 malam Jumaat sebelum dibuka untuk semua kedai berdaftar Nike yang lain pada 1 November.

Pasukan Harimau Malaya akan memulakan kempen Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura dalam perlawanan peringkat Kumpulan A bersama-sama dengan Myanmar, Thailand dan pasukan tuan rumah.

Untuk rekod, kali terakhir pasukan Harimau Malaya memenangi kejohanan itu adalah pada 2010 selepas menewaskan pasukan Indonesia secara agregat 4-2.

Tags / Kata Kunci: Piala AFF Suzuki , Harimau Malaya , Robin Kok

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan