Hodak Mahu Anak Buah Awasi Penyerang Duo Pahang

Diterbitkan: Jumaat, 31 Oktober 2014 10:00 PM

JUMPA ESOK... Zainal Abidin Hassan (kiri) dan Bojan Hodak bersalaman ketika meninjau keadaan padang sempena Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Bojan Hodak mahu pemain pertahanannya mengawasi barisan serangan Pahang apabila kedua-dua pasukan bertemu di final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam Sabtu.

Jurulatih berumur 43 tahun dari Croatia ini berkata penyerang skuad Tok Gajah iaitu Dickson Nwakaeme dari Nigeria dan Matias Conti dari Argentina mampu menjaringkan gol sekiranya pemain JDT cuai dalam mengawasi kedua-dua penyerang itu.

"Pahang agak kuat dalam bahagian serangan. Selain dua penyerang itu, kedua-dua pemain sayap mereka R. Gopinathan dan 'Alex' (Azamuddin Mohd Akil) perlu diawasi esok (Sabtu)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan pengurus pasukan di venue pertandingan, Jumaat.

Hodak berkata pemain Harimau Selatan akan berhabis-habisan untuk merangkul kejuaraan selepas merangkul juara Liga Super musim ini.

"Bagi saya, menang satu trofi lebih tertekan daripada tanpa memenangi sebarang trofi. Apabila bermain dalam keadaan tertekan, amat mudah membuat kesilapan.

Namun setakat ini saya gembira anak-anak buah saya bermain baik sama ada di pusingan awal atau peringkat kalah-mati," katanya dan menambah beliau sudah mempunyai nama kesebelasan utama dalam fikirannya untuk pertandingan pada Sabtu.

Kapten skuad Harimau Selatan, Safiq Rahim pula berkata beliau akan mengetepikan seketika erti persahabatan dengan kapten skuad Pahang, Mohd Razman Roslan bagi memastikan pasukan selatan tanah air itu mampu melakar kemenangan.

Sebagai rekod, kedua-dua pemain berkenaan pernah beraksi bersama Selangor pada final Piala Malaysia 2008 namun kalah 2-3 kepada Kedah pada aksi di Stadium Shah Alam.

"Kita harus buat kerja masing-masing. Dalam padang, kita lupakan seketika soal persahabatan. Kita mempunyai sasaran peribadi tertentu untuk pasukan masing-masing, jadi saya harap kami sebagai pemain dapat persembahkan aksi terbaik," kata bekas kapten skuad Harimau Malaya itu.

Beliau menggantikan Aidil Zafuan Abd Radzak yang terlepas aksi final selepas menerima dua kad kuning pada perlawanan separuh akhir menentang Felda United FC.

Dalam pada itu, pengendali pasukan Pahang, Zainal Abidin Hassan yakin para pemain skuad Tok Gajah akan menyajikan persembahan terbaik walaupun mengakui wujud tekanan untuk bergelar juara buat kali kedua berturut-turut.

"Beberapa pemain sudah bermain di perlawanan akhir tahun lepas, jadi tiada masalah untuk mereka bermain dengan baik. Cuma apa yang saya harapkan, mereka (para pemain) berikan segala-galanya.

"Bagi saya, tiap-tiap pemain ada tugas yang harus dijalankan. Untuk pasukan Pahang, kerjasama di atas padang lebih penting," kata Zainal. 

Mohd Razman pula berharap dapat membantu Pahang mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut walaupun terdapat laporan bahawa beberapa pemain skuad Tok Gajah bakal berhijrah ke pasukan lain musim depan.

"Bagi saya, perkara itu tidak begitu mengganggu persiapan kami. Sikap profesional itu penting. Fokus kami adalah sehingga masing-masing habis kontrak dengan pasukan.

"Mungkin Piala Malaysia ini adalah aksi terakhir kami bersama pasukan Pahang, namun kami akan berikan persembahan terbaik bagi memastikan Piala Malaysia kekal di tangan kami," katanya yang beraksi di posisi pertahanan.

JDT layak ke final Piala Malaysia selepas menang agregat 6-5 ke atas Felda United FC manakala Pahang yang merupakan juara bertahan, mara hasil kemenangan agregat 6-3 ke atas Kedah pada aksi separuh akhir. 

Tags / Kata Kunci: Bojan Hodak , JDT , Piala Malaysia

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan