Pellegrini Akui Bimbang Aksi Pemain

Diterbitkan: Khamis, 30 Oktober 2014 3:13 PM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester City, Manuel Pellegrini mengakui bimbang dengan prestasi pasukannya selepas ditunjuk jalan keluar oleh Newcastle pada pusingan keempat saingan Piala Capital One awal pagi Khamis.

Juara bertahan itu tewas 2-0 di laman sendiri sekaligus menyaksikan ada sesuatu yang tidak kena dengan pemain-pemainnya.

Kebimbangan ini bertambah menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris bertemu Manchester United hujung minggu ini.

City bukan sahaja goyang untuk mempertahankan dua trofi yang dijulang musim lalu, tetapi turut risau dengan beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan.

Pegurus kelahiran Chile itu berkata: "Perasaan saya tidak begitu baik. Kami berada di saat yang berbeza dan  kurang sikap saling percaya.

"Kami kalah dengan jaringan mudah malah tidak mampu menjaringkan gol walaupun peluang terbuka luas.

"Kurang keyakinan diri juga antara perkara yang perlu saya tekanan kerana kami mahu meneruskan saingan musim ini.

"Sudah tentu kami bimbang. Kami tewas tiga perlawanan sepanjang minggu ini.

"Kami akan melihat pemain mana yang cuba bangkit dan bersikap positif kerana tidak normal jika pasukan ini bermain seperti aksi sekarang," jelas Pellegrini.

Dalam pada itu, Pellegrini belum pasti tahap  kecederaan yang dialami 'playmaker' David Silva yang dikeluarkan awal permainan ketika bertemu Newcastle dan juga Yaya Toure.

"Kita akan tengok laporan doktor pada Khamis. Saya tidak tahu keadaan mereka sekarang.

"Yaya mungkin agak letih dengan kecederaan pangkal paha, jadi saya tidak mahu mengambil risiko.

"Manakala David pula tidak ada alasan kenapa dia tidak boleh bermain. Kami akan beraksi pada Sabtu dan mempunyai empat hari untuk kembali cergas. Dia amat 'sempurna' turun ke padang".

Tags / Kata Kunci: manchester city , manuel pellegrini

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan