Piala Capital One: Newcastle Singkir Man City, Mara Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Khamis, 30 Oktober 2014 7:42 AM

Pardew mengucapkan tahniah kepada pemainnya, Aarons selepas menjaringkan gol pertama The Magpies.

(Ubah saiz teks)

NEWCASTLE bakal bertandang ke Tottenham pada saingan suku akhir Piala Capital One selepas menewaskan juara bertahan Manchester City 2-0 pada saingan keempat di Stadium Etihad awal pagi Khamis.

Rolando Aarons dan pemain gantian Moussa Sissoko masing-masing menjaringkan gol sekaligus menjadikan skuad City mencatat kekalahan tiga kali berturut-turut termasuk aksi Liga Perdana.

Malah malang turut menimpa skuad Manuel Pellegrini itu apabila bakal kehilangan seorang pemainnya, David Silva yang mengalami kecederaan menjelang perlawanan liga perdana bertemu Manchester United Ahad ini.

Kemenangan ini amat bermakna buat skuad bimbingan Alan Pardew selepas turut memenangi dua perlawanan liga perdana berturut-turut sebelum ini.

Lebih memuaskan hati Pardew apabila pemain mudanya, Aarons,18, berjaya mengejutkan tuan rumah seawal minit keenam perlawanan sebelum Sissoko mengukuhkan kedudukan 15 minit sebelum tamat permainan.

Senarai pemain:

MANCHESTER CITY:Caballero,Sagna, Demichelis,Mangala Kolarov,Fernandinho,Toure (Navas),Milner, Jovetic, Silva (Nasri)(Aguero), Dzeko 

NEWCASTLE UNITED:Elliot, Janmaat,(Sissoko), Coloccini,Dummett,Haidara,Abeid; Obertan,Taylor, Colback,Aarons (Ameobi),Armstrong,(Riviere)

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan