Ferdinand Terima Padah Guna Perkataan Tidak Senonoh Di Twitter

Diterbitkan: Khamis, 30 Oktober 2014 10:41 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Rio Ferdinand digantung tiga perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) selepas menggunakan perkataan tidak senonoh di laman Twitter miliknya.

Hukuman bekas pemain Manchester United itu dijalankan serta merta namun dibenarkan membuat rayuan.

Malah Ferdinand juga dikenakan denda £25,000 (RM131,390) dan perlu menghadiri program pendidikan FA untuk tempoh empat bulan.

Pihak FA mengumumkan hukuman ini di portal rasmi persatuan tersebut. 

Ferdinand dikatakan melanggar peraturan 'FA RULE E3(2)' yang 'merujuk kepada jantina'.

Pada 1 September lalu, Ferdinand memuat naik status di twitter (@rioferdy5) dengan menggunakan perkataan "sket'.

Selepas itu , pihak FA telah menerima banyak aduan daripada orang awam mengenai tweet tersebut.

Bagaimanapun, Ferdinand gagal memberi sebarang jawapan terhadap pertuduhan itu yang dibuat pada 14 Oktober lalu, sekaligus bakal menerima hukuman lebih panjang daripada FA.

Ferdinand tidak gembira dengan hukuman tersebut dan menghantar wakil untuk berbincang dengan FA.

Merujuk kepada kamus, 'sket' merupakan istilah dari Caribbean yang bermaksud pelacur atau perempuan jalang.

Tags / Kata Kunci: Rio Ferdianand , digantung , FA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan