Piala Malaysia: Penyokong Digalak Guna Perkidmatan Awam

Diterbitkan: Rabu, 29 Oktober 2014 7:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihati menggunakan pengangkutan awam untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini bagi menyaksikan tiga acara yang akan diadakan di situ pada hari yang sama.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP S.Markandan berkata orang ramai digalakkan menggunakan pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), bas atau teksi untuk ke stadium Sabtu ini untuk mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Kesesakan trafik dijangka berlaku pada hari itu berikutan tiga acara yang akan diadakan di stadium berkenaan termasuk perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dua acara lain yang akan berlangsung di perkarangan stadium berkenaan ialah Perhimpunan Anak-Anak Sarawak Seluruh Malaysia yang dijadual dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem serta acara perayaan keagamaan Buddha, katanya.

Markandan berkata buat masa ini polis tidak akan menutup jalan atau membuat lencongan aliran trafik di sekitar stadium pada hari tersebut, namun pihak polis akan mengeluarkan kenyataan media sekiranya berlaku sebarang perubahan lalu lintas kelak.

Sementara itu, Ketua Jabatan Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategik Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), Lim Jin Aun berkata Prasarana menyediakan koc LRT tambahan sekiranya perlu tetapi ia bergantung kepada jumlah penumpang pada hari berkenaan.

"Penggunaaan perkhidmatan LRT sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesesakan trafik pada hari tersebut dengan waktu operasi LRT di stesen Sri Petaling dan Bukit Jalil dilanjutkan pada waktu malam sekiranya perlawanan Piala Malaysia antara JDT dan Pahang berakhir lewat," katanya.

Pegawai Perhubungan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Hassan Azhari Abu Bakar berkata DBKL akan turut membantu polis pada hari tersebut dengan menempatkan anggota penguat kuasanya untuk memastikan aliran lalu lintas berjalan lancar.

DBKL tidak akan melakukan sebarang perubahan aliran trafik di sekitar Bukit Jalil dan Sri Petaling namun pengumuman akan dibuat kepada orang ramai sekiranya ada perubahan.

Tags / Kata Kunci: Polis , Piala Malaysia

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan