Piala Capital One: Balotelli Bantu The Reds Mara Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Rabu, 29 Oktober 2014 9:39 AM

Balotelli (tengah) menjaringkan gol pertama The Reds pada aksi menentang Swansea awal pagi Rabu.

(Ubah saiz teks)

DEJAN Lovren menyelamatkan Liverpool dengan jaringan masa tambahan bagi menewaskan Swansea City 2-1 pada aksi pusingan keempat Capital One, awal pagi Rabu.

Swansea bertandang ke Anfiel bagi mempertahankan trofi yang menangi pada musim 2012-13 di laman sendiri dalam aksi sama, membuka jaringan pada minit ke-65 melalui Marvin Emnes.

Namun The Reds bangkit selepas pengurus Brendan Rodger menukar strategi memasukkan Mario Balotelli sekaligus menyamakan kedudukan dengan pasukan pelawat.

Malang buat Swansea apabila pemainnya, Federico Fernandez dilayangkan kad merah pada minit akhir perlawanan kerana aksi kasar kep atas Philippe Coutinho.

Liverpool menggunakan peluang menentang 10 pemain itu  sebaik-sebaiknya apabila Lovren berjaya menjaringkan gol melalui tandukan cantik pada masa tambahan (95') untuk mara ke saingan suku akhir selepas ini.

Sementara itu, penolong pengurus The Reds, Colin Pascoe berkata, Balotelli memang layak untuk menjaringkan gol.

"Dia berusaha gigih ketika latihan dan jaringan itu sebagai hadiah buat dirinya," jelasnya.

Selain itu, bos Swansea Gary Monk tidak berpuas hati dengan tindakan pengadil yang melayangkan kad merah kepada pemainnya.

"Bagaimana pengadil boleh lihat tindakan itu sebagai 'kad merah'...tetapi Keeth seorang pengadil yang baik, harap dia boleh nilai tindakannya itu dengan membatalkannya.

"Saya pernah tengok beberapa kali sebelum ini yang aksi kaki pemain-pemain Liverpool lebih 'tinggi' daripada kami," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Liverpool , Swansea City , Piala Capital One

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan