Malaysia Juara Bola Sepak Pantai AFF

Diterbitkan: Rabu, 29 Oktober 2014 9:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Malaysia berjaya mencipta sejarah muncul pasukan pertama menjuarai Kejohanan Bola Sepak Pantai Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) selepas menundukkan Vietnam 6-4 pada perlawanan akhir di Pantai Teluk Chempedak di sini, Rabu.

Dalam perlawanan itu, pasukan kebangsaan mula mencuri tumpuan menerusi jaringan ketua pasukan Mohd Zaharim Mohd Yusof yang meledakkan dua gol pada suku pertama minit kedua dan kelapan.

Berbekalkan semangat tinggi, Malaysia terus menguasai perlawanan dengan menambah jaringan pada minit pertama suku kedua oleh Mohammad Fakhrullah Mohamad untuk Malaysia mendahului 3-0.

Vietnam kemudian cuba merapatkan jurang menerusi Bui Tran Van Luan pada minit kelapan suku kedua sebelum Malaysia kembali bangkit menerusi jaringan hatrik Mohd Zaharim dua minit kemudian bagi kedudukan 4-1.

Jaringan kelima Malaysia kemudian berjaya diperolehi Mohamad Norazman A. Bakar pada minit ke-11 suku kedua sebelum Vietnam membalas jaringan pantas juga pada minit ke-11 oleh Tran Vinh Phong bagi kedudukan 5-2.\

Kegigihan pemain Vietnam, Bui Tran Van cuba membantu pasukannya dengan muncul penjaring hatrik selepas meledakkan dua gol pada suku ketiga minit pertama dan keenam.

Namun, pasukan kebangsaan berjaya menyempurnakan jaringan penamat oleh Mohd Riduwan Mohd Nor pada minit ketujuh suku ketiga perlawanan bagi mengesahkan kedudukan muktamad.

Bagi perlawanan penentuan tempat ketiga, Thailand berjaya menundukkan Laos 4-1.

Sementara itu, Kejohanan Bola Sepak Pantai AFF yang berlangsung buat pertama kali itu mungkin akan diteruskan sebagai acara dwitahunan.

Setiausaha Kehormat AFF, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, penganjuran buat pertama kali itu telah mendapat sambutan yang mengalakkan.

"Tanggapan saya walaupun ini yang pertama dan bersejarah pada AFF kita dapat sambutan yang amat baik daripada peminat bola sepak pantai.

"Apa yang menggembirakan pada mulanya kita hanya menerima enam penyertaan pasukan namun pada hari penutup pendaftaran kita menerima permohonan dua lagi penyertaan daripada 12 keahlian AFF," katanya.

Katanya, beliau yakin untuk tahun mendatang akan banyak lagi pasukan dalam anggota Asean yang akan mengambil bahagian pada siri kejohanan itu.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Felda akan terus menaja kejohanan itu pada edisi 2016.


Tags / Kata Kunci: AFF , Bola Sepak Pantai

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan