Aidil Terlepas Aksi Final Piala Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 29 Oktober 2014 8:53 PM

Aidil Zafuan Abdul Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kapten pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Aidil Zafuan Abdul Razak sah terlepas peluang beraksi dalam final Piala Malaysia Sabtu ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak rayuan JDT untuk menarik balik kad kuning keduanya.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan bahawa kad kuning pertama dan kedua yang diterima Aidil pada dua aksi separuh akhir menentang Felda United FC, tidak akan ditarik balik.

Katanya, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan dan Jawatankuasa Pengadil mengesahkan kad kuning yang diterima Aidil adalah tepat selepas membuat penilaian penuh terhadap video insiden terbabit.

"Setelah menilai video yang diserahkan oleh pihak JDT, kami berpendapat keputusan pengadil melayangkan kad kuning kepada Aidil adalah munasabah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa keselamatan perlawanan akhir Piala Malaysia di di sini, Rabu.

Aidil menerima kad kuning pertamanya ketika JDT tewas 3-4 kepada Felda United pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Selayang dan menerima kad kuning keduanya pada separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin.

JDT akan menentang Pahang pada final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dalam pada itu, Hamidin menyarankan penyokong pasukan JDT dan Pahang hadir seawal 2 petang pada Sabtu ini bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas.

Katanya lebih 90,000 penyokong dari kedua-dua pasukan akan membanjiri stadium itu nanti.

"Lebih 2,000 anggota keselamatan akan ditempatkan di sekitar stadium pada hari tersebut. Kita jangka 500 buah bas daripada kedua-dua negeri akan membawa penonton menyaksikan perlawanan itu.

"Rapid KL akan melanjutkan tempoh perkhdimatan mereka sehingga penyokong meninggalkan stadium selepas perlawanan itu nanti.

"Bagi yang memandu kenderaan sendiri nanti disarankan supaya tiba awal untuk mendapatkan tempat letak kereta berhampiran dengan stadium," katanya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan