AFF Suzuki: Malaysia Jumpa Myanmar, Thailand

Diterbitkan: Rabu, 29 Oktober 2014 10:04 PM

Hamidin Mohd Amin

Hamidin Mohd Amin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan memulakan kempen Piala AFF Suzuki 2014 di dua venue berbeza di Singapura dalam perlawanan peringkat kumpulan A.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata skuad Harimau Malaya dijadualkan menentang Myanmar dan Thailand, kedua-duanya pada 23 November dan 29 November ini di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Skuad bimbingan Dollah Salleh itu akan melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan menentang Singapura di Stadium Nasional Sports Hub Singapura, pada 29 November.

Hamidin berkata skuad negara sepatutnya bermain kesemua perlawanan peringkat kumpulan di Stadium Nasional Sports Hub Singapura namun Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengesahkan Stadium Nasional Sports Hub Singapura masih belum berada dalam piawaian terbaik.

"FAS hanya membenarkan satu perlawanan dalam tempoh sehari di Stadium Nasional Sports Hub Singapura bagi menjaga keadaan padang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa keselamatan perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 di sini, Rabu.

Sebelum ini, FAM enggan beraksi di Stadium Jalan Besar dan menuntut kepada FAS untuk beraksi di Stadium Nasional Sports Hub Singapura yang dilihat memiliki kapasiti besar.

Bagaimanapun, FAM terpaksa akur dengan tuntutan FAS dan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) yang menggesa skuad Harimau Malaya beraksi di Stadium Jalan Besar bagi kejohanan Piala AFF Suzuki tahun ini.

"Kami telah menerima surat dari FAS yang mana kami terpaksa mengubah venue dari Stadium Nasional Sports Hub Singapura ke Stadium Jalan Besar. FAS memberitahu venue tersebut dilaporkan tidak mampu menampung untuk dua perlawanan berturut-turut dalam tempoh yang sama.

"Selepas berbincang dengan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Dollah, kami tiada pilihan lain dengan mengikuti kehendak FAS dan AFF untuk bermain di Stadium Jalan Besar," katanya.

Hamidin berkata FAM telah membuat rayuan untuk beraksi tiga perlawanan di Stadium Nasional Sports Hub Singapura tetapi ditolak.

Bagi mempersiapkan pasukan membiasakan dengan rumput tiruan, skuad negara akan menjalani sesi latihan di Kluang, Johor bagi mendapatkan rentak beraksi di atas padang rumput tiruan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan