JDT Ada Kelebihan - Suleiman

Diterbitkan: Selasa, 28 Oktober 2014 9:05 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Pahang pada Sabtu ini, peluang terbaik bagi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) membawa pulang piala berprestij bola sepak negara itu selepas kali terakhir pada 1991.

Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Datuk Suleiman Mohd Noor berkata selepas 23 tahun, kini tiba masanya untuk piala keagungan bola sepak tanah air itu kembali ke negeri berkenaan.

Suleiman yang digelar 'Bapa Bola Sepak Johor' berkata Skuad Harimau Selatan itu mempunyai kelebihan sama ada dari segi pemain, pengurusan mahu pun penyokong yang mantap.

"Pemain JDT mempunyai kemahiran hebat, corak permainan tersusun selain pengurusan terbaik. Selepas 23 tahun, saya amat yakin sudah tiba masanya untuk kita bawa pulang piala ini ke Johor buat kali ketiga.

"Namun, untuk menewaskan Pahang, pemain perlu fokus 100 peratus, mempunyai stamina bermain lebih 100 minit dan cukup bermotivasi untuk menang kerana lawan bukan calang-calang pasukan," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Stulang, dekat sini, Selasa.

Suleiman turut mengingatkan pemain JDT agar berhati-hati kerana ketua jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan, mampu menjadi pencetus semangat kepada anak buahnya.

Selain mengecap kejuaraan pada 1991, Johor pernah memenangi Piala Malaysia buat kali pertama pada 1985 menerusi jaringan Muhidin Husin dan Fadzli Ahmad untuk mengalahkan Kuala Lumpur.

Pada 1991, penyerang dari Croatia, Ervin Boban mencipta hatrik untuk menewaskan Selangor 3-1 sekali gus memastikan Johor kembali menjulang Piala Malaysia buat kali kedua.

Andai berjaya menewaskan skuad Tok Gajah di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini, JDT akan mengulangi pencapaian 1991 dengan meraih kejuaraan berganda iaitu Piala Malaysia dan juara liga.

Dalam pada itu, Suleiman, 85, turut memuji tindakan Presiden PBNJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang bekerja keras dalam usaha mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak Johor.

"Saya anggap Sabtu ini sebagai penentu sama ada kita sudah berjaya mengembalikan zaman kegemilangan Johor atau tidak.

"Pihak pengurusan sudah cuba mendapatkan sebuah pasukan yang mantap tetapi saya harap, jika kecundang pemain jangan patah semangat kerana tahun depan masih ada," katanya yang meramal JDT bakal menewaskan Pahang 2-1.

JDT mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menundukkan Felda United 3-1 pada separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini Sabtu lepas, menjadikan agregat 6-5.

Pahang pula menempah slot ke perlawanan akhir selepas menumpaskan Kedah dengan agregat 6-3. 


Tags / Kata Kunci: JDT , Johor , Piala Malaysia

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan