Kelantan Sambar Dua Pemain Harimau Malaya

Diterbitkan: Selasa, 28 Oktober 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mendapatkan khidmat dua pemain skuad Harimau Malaya bagi memperkuat pasukan Kelantan menghadapi Liga Malaysia 2015.

Tanpa mendedahkan identiti dua pemain berkenaan, Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata tiga pemain import asing berusia 22 hingga 26 tahun dan merupakan pemain kebangsaan negara masing-masing turut menyatakan persetujuan untuk menyertai skuad 'The Red Warriors' (TRW).

"Tumpuan meremajakan lagi TRW serta persiapan untuk bermain bola sepak 'pantas dan menyerang'...Semoga dipermudahkan Allah (SWT)," kata Annuar menerusi laman Facebooknya, pada Isnin.

Annuar menjelaskan, pengurusan pasukan turut merancang beberapa aksi persahabatan pramusim menentang pasukan tempatan dan luar negara sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia 2015.

Antara aksi tersebut adalah menentang pasukan kebangsaan Timor Leste; kelab Liga Perdana Thailand, BEC Tero Sasana FC; dua kelab Liga Super Indonesia, Persib Bandung dan Persija Jakarta serta jiran mereka, Terengganu.

Dalam pada itu, Annuar mengakui pengurusan pasukan berdepan masalah penajaan dan kewangan yang sangat terhad bagi menyaingi lima pasukan tempatan yang mendapat tajaan daripada kerajaan negeri masing-masing.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama lima pasukan tersebut.

"Namun secara prinsip, kita bersetuju untuk tidak mudah berputus asa dan mengambil pendirian 'bergadai godek' (mencuba sedaya upaya) pada 2015 demi membentuk (skuad) TRW yang kuat," katanya.

Sebagai rekod, pasukan Kelantan menduduki tangga keenam Liga Super musim ini dengan pungutan 31 mata selain mara ke peringkat separuh akhir Piala FA.

Mereka turut tersingkir daripada saingan Piala Malaysia selepas kalah agregat 3-4 kepada Kedah pada peringkat separuh akhir.


Tags / Kata Kunci: KAFA , Harimau Malaya , Kelantan

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan