Balotelli Bebas Daripada Dakwaan Ancam Wanita - Bola Sepak | mStar

Balotelli Bebas Daripada Dakwaan Ancam Wanita

Diterbitkan: Selasa, 28 Oktober 2014 11:09 PM

Mario Balotelli.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Penyerang Liverpool, Mario Balotelli tidak akan berdepan tindakan undang-undang berhubung laporan bahawa dia mengancam seorang wanita yang merakamkan gambar kereta Ferrari miliknya.

Polis Greater Manchester dipanggil pada Khamis lalu, susulan laporan mengenai tingkah laku 'menakutkan' pemain skuad kebangsaan Itali itu yang difahamkan melawat ibunya pada waktu kejadian.

Namun, selepas menyoal siasat wanita yang membuat panggilan itu, polis mendapati tidak ada sebab untuk meneruskan siasatan atau bertemu dengan Balotelli.

"Pegawai polis telah diarahkan ke Pewsey Road, Wythenshawe kira-kira pukul 3 petang Khamis lalu susulan laporan daripada seorang wanita yang mendakwa menerima ancaman daripada Balotelli.

"Wanita tersebut sudah disoal siasat dan polis mendapati tiada kesalahan jenayah dinyatakan dan tiada jenayah dirakamkan. Jadi, tiada sebarang tindakan akan diambil," kata jurucakap polis.

Balotelli mengalami permulaan sukar di Liverpool sejak berpindah dari AC Milan dan hanya menjaringkan satu gol sahaja daripada 11 kemunculan pertama.

Tags / Kata Kunci: Mario Balotelli , Liverpool , Ferrari
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan