Ballon d'Or 2014: Tiada Pemain England, Luis Suarez Tidak Disenaraikan

Diterbitkan: Selasa, 28 Oktober 2014 7:10 PM

(Ubah saiz teks)

> Fifa umum senarai pendek 23 pemain terbaik dunia 2014

> Bintang Wales & Real Madrid Gareth Bale turut tersenarai

> malangnya tidak ada pemain Inggeris yang tersenarai

> Lima pemain mewakili Liga Perdana Inggeris tersenarai

> Cristiano Ronaldo adalah penyandang tahun lalu

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (Fifa) telah menyenarai pendekkan 23 pemain untuk anugerah Pemain Terbaik Dunia 2014.

Daripada senarai itu, lima adalah pemain Liga Perdana Inggeris tetapi hanya seorang warga Britain yang tersenarai iaitu Gareth Bale.

Lima pemain dari Liga Perdana Inggeris yang tersenarai ialah trio Chelsea, Eden Hazard, Diego Costa dan Thibaut Courtois, pemain Manchester City, Yaya Toure dan Manchester United, Angel Di Maria.

Anugerah itu yang lebih popular dengan gelaran Ballon d'Or dimenangi oleh pemain Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo tahun lalu.

Anugerah 2014 akan berlangsung di Zurich 12 Januari tahun depan.

Pemenang empat kali Lionel Messi adalah antara yang turut tersenarai.

Tetapi yang paling mengejutkan ialah bekas penyerang Liverpool Luis Suarez yang kini bermain untuk Barcelona tidak tersenarai.

Dia sebelum ini digantung permainan empat bulan kerana mengigit pemain Itali,  Giorgio Chiellini pada temasya Piala Dunia yang berakhir Julai lalu.

Enam pemain skuad kebangsaan Jerman yang muncul sebagai juara Piala Dunia turut dicalonkan.

Berikut adalah senarai penuh calon-calon Ballon D'Or:

Gareth Bale (Wales), Karim Benzema (Perancis), Diego Costa (Sepanyol), Thibaut Courtois (Belgium), Cristiano Ronaldo (Portugal), Angel Di Maria (Argentina), Mario Gotze (Jerman), Eden Hazard (Belgium), Zlatan Ibrahimovic (Sweden), Andres Iniesta (Sepanyol), Toni Kroos (Jerman), Philipp Lahm (Jerman), Javier Mascherano (Argentina), Lionel Messi (Argentina), Thomas Muller (Jerman), Manuel Neuer (Jerman), Neymar Jr (Brazil), Paul Pogba (Perancis), Sergio Ramos (Sepanyol), Arjen Robben (Belanda), James Rodriguez (Colombia), Bastian Schweinsteiger (Jerman), Yaya Toure (Ivory Coast).




Tags / Kata Kunci: Ballon d'Or 2014

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan