David Moyes Disenarai Jurulatih Baharu Inter Milan

Diterbitkan: Ahad, 26 Oktober 2014 1:48 PM

(Ubah saiz teks)

DAVID Moyes disenaraikan sebagai antara jurulatih baharu yang akan dilantik oleh Inter Milan jika kelab gergasi Itali itu memecat jurulatih sedia ada iaitu, Walter Mazzarri.

Bekas jurulatih Manchester United dan Everton itu dilihat sebagai calon berpotensi sekiranya Inter mengugurkan Mazzarri yang gagal membimbing kelab berkenaan.

Kedudukan Mazzarri ini bergantung kepada perlawanan seterusnya dalam Serie A selepas meletakkan kelab itu pada tangga kesembilan carta liga.

Current Inter manager Walter Mazzarri is coming under increasing pressure with the club struggling in Serie A

Mazzarri

Bekas pemilik dan Presiden Inter Milan, Massimo Moratti yang telah bersara daripada jawatan tersebut pada Jumaat telah menyoal prestasi Mazzarri.

Bagaimanaun pemilik baharu Inter Milan yang merupakan rakyat  Indonesia, Erick Thohir, masih mengekalkan Mazzarri sebagai jurulatih.

Begitupun keluarga Moratti yang masih memilik satu pertiga perkongsian kini bersama ahli lembaga pengarah lain mahu Mazzarri dipecat.

Berikutan itu, bekas Ketua Pegawai Operasi Manchester United, Michael Bolingbroke yang merupakan ketua eksekutif di Intan Milan dijangka akan menjadi orang tengah untuk melantik Moyes sebagai jurulatih baharu jika keputusan itu dipersetujui oleh pemegang saham.


Tags / Kata Kunci: Inter Milan , Manchester United

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan