Aksi Sulung Suarez Malam Ini

Diterbitkan: Sabtu, 25 Oktober 2014 10:57 AM

Suarez (dua dari kiri) ketika sesi latihan bersama rakan sepasukannya termasuk Messi, Neymar dan Javier Mascherano (kiri) di Barcelona, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

BEBERAPA jam lagi, kelibat Luis Suarez buat pertama kalinya dapat dilihat di padang dalam perlawanan sulungnya bersama Barcelona menentang Real Madrid.

Kini pemain kelahiran Uruguay itu bebas beraksi selepas larangan bermain selama empat bulan akibat insiden memalukan pada Piala Dunia di Brazil tamat.

Kehadiran Suarez dalam kesebelasan pemain El Clasico pada perlawanan yang akan berlangsung di Santiago Bernabeu itu disahkan pengurus pasukan itu, Luis Enrique pada Jumaat.

"Yang pasti Suarez akan bermain beberapa minit, penting untuk dia bersama dalam pasukan," katanya mengulas mengenai pemain berusia 27 tahun itu.

Dalam kalangan peminatnya, kejadian mengigit bahu pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini pada Jun diharap menjadi pengajaran dan pemain yang dibeli dari Liverpool itu dapat bangkit memberi saingan hebat.

Sebelum ini, Suarez yang pernah mengigit Branislav Inanovic dan digantung 10 perlawanan menjaringkan dua gol dalam perlawanan pertama selepas tamat hukuman itu.


Suarez (kiri) ketika sesi latihan bersama rakan sepasukan, Neymar.

Perlawanan malam ini juga dinanti-nantikan untuk menyaksikan dua lagi bintang bola sepak, Neymar dan Lionel Messi bergandingan dengan Suarez.

Mungkin suatu kelainan dalam strategi pasukan diatur untuk memastikan ketiga-tiganya berada di padang untuk menampilkan gaya penuh bertenaga bagi memastikan gawang tidak dibolosi lawan.

Berdasarkan perlawanan terdahulu, Suarez memiliki tabiat untuk menjaringkan gol pada perlawanan pertama selepas lama berehat seperti yang berlaku ketika bersama Ajax dalam perlawanan liga.

Bagaimanapun bagi pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, tiada perancangan khusus dibuat berikutan kehadiran Suarez, malahan pihaknya tidak akan mengubah strategi pasukannya.

"Saya datang ke sini bukan untuk menilai Luis Suarez. Dia pernah menjaringkan banyak gol, tetapi ia tidak akan mengubah taktik kami.

"Dalam dunia bolasepak ini, satu berita baik apabila Suarez dapat kembali berlain dalam perlawanan liga.

"Sebenarnya saya menghormati kualiti yang ada pada Suarez tetapi sama ada dia bermain atau tidak, ia masih tidak mengubah keadaan di pihak kami," katanya.


Tags / Kata Kunci: Luis Suarez , Barcelona , Uruguay

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan