Ronaldo, Benzema Bantu Real Benam Liverpool 3-0

Diterbitkan: Khamis, 23 Oktober 2014 7:07 AM

Ronaldo menjaringkan gol ke-70nya dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL, England: Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ke-70 pada saingan Liga Juara-Juara Eropah selepas membantu Real Madrid menewaskan Liverpool 3-0  dalam aksi peringkat kumpulan B, awal pagi Khamis.


Jaringan itu juga gol ke-19 dalam 13 kemunculannya untuk Real Madrid pada musim ini dan gol ke-272 dalam 259 perlawanan bagi kelab berkenaan.

Ronaldo kini hanya ketinggalan satu gol dibelakang Raul Gonzales yang mencatatkan jaringan terbanyak dalam perlawanan berprestij itu.

Pemain dari Portugal itu didepan dengan satu gol mengatasi penyerang Barcelona, Lionel Messi.

Madrid mendahului seawal minit ke-23 menerusi jaringan Ronaldo sebelum Karim Benzema menjaringkan dua lagi gol pada minit ke-30 dan ke-41.

Philippe Coutinho cuba mengembalikan harapan Liverpool untuk terus memberikan tentangan sengit tetapi percubaannya terkena palang.

Lebih malang, pemain baharu Liverpool, Mario Balotelli mencetuskan kekecewaan kepada penyokong The Reds apabila dilihat menukar jersinya dengan Pepe selepas tamat babak separuh masa pertama.

Bukan sahaja gagal mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan itu, Balotelli sekadar menjaringkan satu gol daripada 10 perlawanan sejak menyertai Liverpool dari AC Milan.

Kemenangan itu meletakkan Real sebagai pendahulu Kumpulan B dengan mengutip enam mata daripada tiga perlawanan.

"Kami berusaha keras untuk mengulangi kejayaan pada musim lalu. Kami bercita-cita besar untuk merangkul trofi berprestij ini," kata pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti.

Tanpa Luis Suarez, Liverpool kelihatan meyakinkan sehingga ke minit 23 apabila Ronaldo mendapat umpanan cantik di dalam kotak penalti dan tidak membuang masa menolak masuk melepasi jangkauan penjaga gol Simon Mignolet.

Kelajuan larian Raheem Sterling memang selalu memaksa pertahanan Real Madrid bekerja keras tetapi cubaan demi cubaan Liverpool sentiasa tersekat atau terkeluar dari sasaran.

Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard juga sempat memaksa penjaga gol Real Madrid, Iker Cassias bekerja keras.

Tertinggal akibat jaringan Ronaldo, The Reds cuba mencari ruang untuk mendapatkan gol penyamaan.

Tujuh minit kemudian Toni Kroos membuat lambungan jauh ke kiri pintu gol Liverpool dan disambut dengan baik oleh Benzema yang membuat tandukan ke kanan Mignolet.

Sebelas minit kemudian Kroos sekali lagi berjaya apabila tendangan dari sudut padang singgah di dada Pepe sebelum dia menolaknya ke depan Benzema yang pantas membuat jaringan.

Pada separuh masa kedua Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers menggantikan penyerangnya, Mario Balotelli dengan bekas pemain Southampton, Adam Lallana.

Tertinggal 0–3, Liverpool cuba menyaingi Real Madrid namun suasana sama sekali berbeza daripada detik yang sering didendang penyokong The Reds ketika kali terakhir mereka menjulang kejuaraan sembilan tahun silam di Istanbul, Turki.

Dengan prestasi Gerrard yang semakin malap dan kebergantungan berlebihan Liverpool kepada Sterling, pasukan itu gagal memberikan kegembiraan kepada penyokong mereka sehingga tamat perlawanan.
 

Barisan pemain:

LIVERPOOL: Mignolet, Johnson, Moreno, Lovren, Skrtel, Gerrard, Allen, Henderson, Coutinho, Sterling, Balotelli. Pemain gantian: Jones, Toure, Manquillo, Can, Lallana, Markovic, Lambert. 

REAL MADRID: Casillas, Arbeloa, Marcelo, Pepe, Varane, Kroos, Modric, Isco, James Rodriguez, Ronaldo, Benzema. Pemain gantian: Navas, Khedira, Hernandez, Carvajal, Nacho, Illarra, Medran.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan