YTSP Mahu Bantu Kembalikan Kegemilangan Bola Sepak Perlis

Diterbitkan: Khamis, 23 Oktober 2014 6:29 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) berhasrat terlibat secara aktif untuk membantu mengembalikan kegemilangan bola sepak Perlis sejak tenggelam di peringkat kebangsaan beberapa tahun kebelakangan ini.

Setiausahanya, Datuk Johari Mohd Darus berkata langkah awal YTSP ialah menganjurkan kejohanan merebut Piala Pusingan Tuanku Syed Putra dan Piala Pusingan YTSP bermula 1 Oktober lepas.

Katanya kejohanan pertama tersebut mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 18 pasukan iaitu 16 dari Perlis dan dua dari Kedah termasuk lima pasukan mewakili institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.

"YTSP menyasarkan penyertaan bakat-bakat muda walaupun kejohanan ini terbuka kepada pemain profesional dengan setiap pasukan dibenar menggunakan khidmat tiga pemain import," kata Johari dalam sidang media pada Khamis.

Beliau berkata kedua-dua pertandingan itu dianjurkan dengan kerjasama sebuah syarikat pembinaan tempatan, Pria Pantai Sdn Bhd yang menaja hadiah wang tunai.

Menurut Johari pertandingan Piala Tuanku Syed Putra dijalankan mengikut format Piala Malaysia dengan 18 pasukan tersebut dibahagikan kepada empat kumpulan.

Johan bakal menerima hadiah RM10,000 dan naib juara RM5,000.

Pasukan tersebut juga bertanding secara kalah mati merebut Piala Pusingan YTSP yang menawarkan hadiah RM5,000 untuk juara manakala naib juara menerima RM2,500.

"Saya mempelawa orang ramai datang beramai-ramai menyaksikan perlawanan akhir sebagai sokongan kepada usaha murni ini.

Perlawanan akhir Piala Tuanku Syed Putra akan berlangsung pada 3 November manakala Piala YTSP pada 30 Oktober.

"Kedua-dua perlawanan dilangsungkan di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar bermula 8.45 malam.

Bayaran masuk cuma RM2 seorang. Pemegang tiket layak untuk cabutan bertuah yang menawarkan antaranya motosikal, iPad dan barang-barang elektrik," katanya.

Katanya perlawanan separuh akhir Piala Pusingan Tuanku Syed Putra dijadual berlangsung pada 1 November di padang Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)di Kangar dan padang Universiti Teknoloji Mara (UiTM) Perlis di Arau manakala separuh akhir Piala Pusingan YTSP diadakan di padang sama pada 27 Okt ini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan untukberangkat menyaksikan perlawanan akhir kedua-dua kejohanan itu dan menyampaikan hadiah kepada pemenang, kata Johari. 

Tags / Kata Kunci: YTSP , bolasepak perlis

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan