Bola Sepak Pantai AFF: Malaysia Mula Langkah Bergaya

Diterbitkan: Khamis, 23 Oktober 2014 8:00 PM

Pemain Malaysia Mohammad Fakhrullah Mohamad diasak pemain Myammar ketika perlawanan Kejohanan Bola Sepak Pantai Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) di Pantai Teluk Cempedak pada Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Skuad Malaysia memulakan aksi dengan langkah kanan pada Kejohanan Bola Sepak Pantai AFF Felda 2014 apabila melakar kemenangan bergaya 6-3 ke atas Myanmar pada Khamis.

Ketua Jurulatih Malaysia Wan Adremy Indra Wan Adnan mengakui anak didiknya agak gugup pada permulaan perlawanan sebelum kembali yakin untuk mencatat kemenangan.

"Kita berharap kemenangan ini akan membakar semangat pemain untuk beraksi dengan lebih baik esok. Apabila turun menentang Laos, kita meletakkan misi untuk meraih tiga mata penuh bagi meneruskan kemaraan," katanya selepas perlawanan itu.

Pada babak pertama, kedua-dua pasukan bermain dengan agak berhati-hati namun Malaysia pantas membuka jaringan menerusi Mohd Jamil Daud di minit pertama sebelum Myanmar menyamakan kedudukan melalui pemainnya, Aung Soe Moepada minit kedua.

Malaysia berusaha untuk menjarakkan keputusan menerusi Mohd Ridwan Mohd Noryang meledakkan gol kedua pada minit ke-14 namun selang seminit, Myanmar menyamakan kedudukan menerusi jaringan Aung Soe Moe.

Malaysia kembali di hadapan apabila Muhamad Norazman A Bakar menjaringkan gol ketiga di minit ke-20 sebelum menambahjaringan pada minit ke-25 menerusi Mohd Khairul Mohamad.

Myanmar sekali lagi kembali mengejar dengan jaringan Aung Than Win di minit ke-30.  Bagaimanapun, Malaysia memastikan kemenangan sah milik mereka apabila dua lagi gol disumbat oleh Mohd Fakhrullah Mohamad dan Mohd Zaharim Mohd Yusof masing-masingnya di minit ke-28 dan 34.

Perlawanan itu disaksikan Presiden FAM yang juga Tengku Mahkota Pahang Datuk Tengku Abdullah Ahmad Shah dan Setiausaha Kehormat AFF DatukAzzuddin Ahmad.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, Laos menundukkan Filipina 5-2. Indonesia pula menungguli slot teratas Kumpulan A selepas menewaskan Felda 10-2 manakala Thailand menewaskan Vietnam 4-3. 

Tags / Kata Kunci: bola sepak pantai AFF

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan