Bayern Pesta Gol, Benam Roma 7-1

Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2014 7:16 AM

Robben menjaringkan dua gol untuk Bayern.

(Ubah saiz teks)

BAYERN Munich menewaskan Roma 7-1, kemenangan terbesar pernah direkodkan dalam kejohanan di Eropah untuk mengekalkan rekod 100 peratus tanpa kalah dalam aksi peringkat Kumpulan E, Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi Rabu.

Bayern mendahului dengan 5-0 pada babak pertama menerusi jaringan Arjen Robben (dua gol), Mario Goetze, Robert Lewandowski dan Thomas Mueller.

Roma kembali bangkit untuk memberikan saingan apabila Gervinho menanduk masuk gol tunggal pasukan tuan rumah pada minit ke-66.

Gervinho (kanan) menjaringkan gol tunggal untuk Roma.

Namun, Bayern menamatkan saingan tersebut dengan penuh bergaya apabila Franck Ribery dan Xherdan Shaqiri melengkapkan gol keenam dan ketujuh pasukan kendalian Pep Guardiola itu.

Selepas kemenangan besar itu, Bayern dilihat berada pada kedudukan terbaik untuk menambah koleksi trofi keenam mereka pada aksi Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Bayern kini menduduki kedudukan teratas Kumpulan E dengan mengumpul sembilan mata daripada tiga perlawanan.




Anak buah Pep Guardiola itu hanya perlu melakar kemenangan di tempat sendiri ketika bertemu Roma pada aksi timbal balik yang akan diadakan di Allianz Arena, 5 November depan untuk mara ke peringkat kalah mati.

Roma pula berada di tempat kedua Kumpulan E dengan mengumpul empat mata daripada tiga perlawanan, mengatasi Manchester City yang kini menduduki tempat ketiga.

Barisan Pemain:

ROMA: De Sanctis, Torosidis, Manolas, Yanga M'Biwa, Cole, Pjanic, De Rossi, Nainggolan, Iturbe, Totti, Gervinho 

BAYERN MUNICH: Neuer; Rafinha, Boateng, Dante, Alaba; Lahm, Xabi Alonso; Mueller, Robben, Goetze; Lewandowski.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan