Neymar, Messi Bantu Barcelona Tewaskan Ajax

Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2014 8:32 AM

(Ubah saiz teks)

BARCELONA berjaya membuktikan kekuatan pasukan itu di gelanggang sendiri apabila mudah menewaskan Ajax 3-1 dalam saingan Liga Juara-juara Eropah di Nou Camp awal pagi Rabu.

Dalam perlawanan tersebut, penyokong Barcelona tidak perlu menunggu lama untuk melihat pasukan kesayangan mereka mendahului lawan apabila Neymar berjaya menjaringkan gol seawal minit kelapan permainan.

Barcelona's first goal was a wonderful team move, finished by Brazilian Neymar - CLICK HERE to explore more of our brilliant Match Zone 
Gerakan Neymar ketika menghasilkan jaringan pertama Barcelona.

Walaupun gol tersebut meningkatkan moral pemain tuan rumah, namun Ajax sebagai juara liga Belanda turut tidak henti memberi tekanan dan mencari jaringan penyamaan.

Malangnya, gandingan Neymer dan Lionel Messi di bahagian serangan bagaikan sukar disekat apabila bintang Argentina itu berjaya menggandakan gol Barcelona pada minit ke-24.

Barcelona forward Messi (right) celebrates with team-mate Andres Iniesta after doubling the Catalans' advantage at the Nou Camp

Kedudukan 2-0 yang berlarutan sehingga minit ke-87 memberi gambaran kepada penyokong bahawa mereka telah mendapat keputusan penuh perlawanan tersebut, apatah lagi kedua-dua penyerang utama Barcelona iaitu Neymar dan Messi telah dikeluarkan.

Bagaimanapun, usaha tanpa henti Ajax akhirnya membuahkan hasil menerusi jaringan tunggal El Ghazi pada minit ke-88.

Tidak berakhir di situ, Barcelona kembali mempamerkan taringnya apabila Sandro Ramirez yang dimasukkan sebagai pemain gantian menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke-90.

Substitute Sandro Ramirez celebrates wrapping up the result for Barcelona by adding his side's third goal in injury time at the Nou Camp

Sandro Ramirez meraikan jaringannya.

Tags / Kata Kunci: Barcelona , Ajax

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan