Man United Nyaris Dimalukan West Brom, Blind Penyelamat

Diterbitkan: Selasa, 21 Oktober 2014 10:23 AM

Pemain United meraikan jaringan pertama yang dihasilkan oleh Marouane Fellaini.

(Ubah saiz teks)

DALEY Blind berjaya menyelamat Manchester United daripada dimalukan West Bromwich Albion menerusi jaringan di akhir tempoh permainan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, Awal pagi Selasa.

Jaringan pertama Blind sejak berhijrah dari Ajax pada Ogos itu hadir pada minit ke-87, ketika United ketinggalan 1-2 kepada skuad tuan rumah.

Dutchman Blind celebrates his goal that prevented United losing for the third time in the Premier League this season

Dalam perlawanan persediaan United sebelum berhadapan pendahulu liga, Chelsea pada hujung minggu ini, kelab kendalian Louis van Gaal dikejutkan dengan jaringan awal pemain lawan, Stephane Sessegnon pada minit kelapan.

Jaringan yang mengembalikan kritikan terhadap kelemahan benteng pertahanan United itu kemudian kekal sehingga tamat babak pertama.



United yang mengunakan formasi 4-1-4-1 akhirnya mendapat gol penyamaan menerusi Marouane Fellaini selepas tiga minit babak kedua bermula.

Begitupun, keadaan kembali memberi tekanan kepada anak didik Van Gaal apabila Saido Berahino mmenghasilkan jaringan kedua.

Saido Berahino curls the ball home to put West Brom back in front in the second half

Saido Berahino (kanan) ketika menjaringkan gol kedua.

Ketika perlawanan seakan berakhir dengan tiga mata penuh bakal menjadi milik West Brom, Blind membuktikan bisanya dengan menjaringkan gol kedua United.

Keputusan seri 2-2 itu meletakkan United di kedudukan keenam Liga Perdana Inggeris dengan 12 mata - iaitu dibelakang Liverpool.








Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan