Ancelotti Yakin Ronaldo Tidak Pulang Ke Man United

Diterbitkan: Isnin, 20 Oktober 2014 4:56 PM

(Ubah saiz teks)

CARLO Ancelotti menegaskan bahawa Cristiano Ronaldo tidak akan kembali ke Manchester United, malah akan menamatkan karier di Real Madrid.

Pemain Portugal itu sebelum ini dikaitkan dengan kepulangan penuh emosional ke Old Trafford selepas dilaporkan kecewa di Bernabeu.

Berikutan itu juga terdapat penyokong United memasang kain rentang dalam satu perlawanan Real Madrid yang meminta pemaIn itu kembali.

Bagaimanapun ketika Real Madrid bakal berhadapan Liverpool dalam Liga Juara-juara Eropah minggu ini, Ancelotti memberitahu, Ronaldo akan menamatkan kariernya di kelab gergasi bola sepak tersebut.

"Saya yakin 100 peratus bahawa Ronaldo akan bersama Real pada musim depan bukan Manchester United - 100 peratus.

"Dia gembira, dia disayangi setiap orang di Real. Ia merupakan satu perhubungan yang hebat ketika ini dan saya tidak terfikir ia akan berubah. Ronaldo akan menamatkan kariernya di sini," katanya.

Ronaldo akan membantu Real ketika turun berhadapan pasukan tuan rumah, Liverpool pada Rabu.

Tags / Kata Kunci: Real Madrid , Liverpool , Manchester United

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan