Piala Malaysia Separuh Akhir Pertama: Kedah Menang 3-1 Ke Atas Pahang

Diterbitkan: Ahad, 19 Oktober 2014 11:42 PM

Pemain import Kedah, Namkong Wong (kuning) lincah membawa bola sambil diperhatikan pemain pertahanan Pahang pada perlawanan suku akhir Piala Malaysia di Stadium Darul Aman pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kedah memperoleh bekalan selesa ke Stadium Darul Makmur, Kuantan, apabila mengalahkan juara bertahan Pahang 3-1 pada separuh akhir pertama Piala Malaysia 2014 di Stadium Darul Aman, Ahad malam.

Kedah melaungkan amaran awal apabila membuka tirai jaringan menerusi pemain import, Namkung Woong, pada minit kelapan selepas menyudahkan hantaran daripada Mohd Rizal Ghazali.

Tersentak dengan gol tersebut, Pahang mula bangkit dan nyaris menyamakan kedudukan pada minit ke-16 apabila hantaran Mohd Azamuddin Md Akil gagal disempurnakan oleh R. Gopinathan.

Bagaimanapun, beraksi di depan penyokong sendiri, seakan memberi semangat kental buat pasukan Kedah untuk memburu gol kedua apabila gawang pasukan pelawat hampir dibolosi pada minit ke-38.

Namun tendangan kencang Badrol Bakhtiar hanya singgah di tepi tiang gol pasukan pelawat untuk Kedah berpuas hati dengan kedudukan 1-0 pada separuh masa.

Sebaik babak kedua bermula, Kedah bertindak garang apabila Mohd Farhan Roslan menanduk masuk gol kedua selepas menerima hantaran silang Badrol pada minit ke-48.

Anak buah Zainal Abidin Hassan, yang terus mengasak kubu pasukan Kedah, hampir memperoleh gol menerusi Mohd Faizol Hussain pada minit ke-51 namun tendangannya tersasar dari gawang pasukan tuan rumah.

Walaupun ketinggalan dua gol, Pahang tidak patah semangat malah bekerja keras untuk mencari peluang sehingga berjaya merapatkan jurang menerusi sepakan percuma pemain import, Matias Conti, pada minit ke-90.

Bagaimanapun, Khyril Muhymeen Zambri berjaya menjarakkan kedudukan Kedah menerusi jaringan pada waktu kecederaan sebelum visel penamat ditiupkan pengadil perlawanan Syed Azhar Syed Kamar.

Kedah akan bertandang ke Stadium Darul Makmur, Jumaat ini untuk perlawanan separuh akhir kedua bagi menentukan laluan ke final. 

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan