Arsenal Nyaris Dimalukan Hull, Chelsea Kukuh Kedudukan

Diterbitkan: Ahad, 19 Oktober 2014 7:16 AM

Danny Welbeck.

(Ubah saiz teks)

ARSENAL nyaris dimalukan Hull City sebelum pemain England Danny Welbeck menjaringkan gol penyamaan 2-2 dalam aksi di Stadium Emirates, tengah malam Sabtu.

Walaupun pasukan tuan rumah mendahulu di depan seawal minit ke-13 menerusi jaringan Alexis Sanchez, Hull pantas menyamakan kedudukan hasil jaringan Mo Diame.

Hull kemudian memperoleh kelebihan apabila meledak gol kedua pada minit ke-46 menerusi tandukan Abel Hernandez.

Di saat, Hull dilihat berpeluang cerah untuk membawa pulang tiga mata berharga dari Emirates, Welbeck bangkit menyamakan kedudukan ketika perlawanan memasuki masa kecederaan.

Namun, apa yang lebih membimbangkan pengurus Arsenal, Arsene Wenger kini adalah kecederaan lutut yang membelenggu Jack Wilshere.

Arsenal kini menduduki tempat keenam dengan mengutip 11 mata daripada lapan perlawanan, ketinggalan 11 mata daripada pendahulu, Chelsea.

Dalam perlawanan berasingan, Chelsea mengekalkan kelebihan lima mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Crystal Palace 2-1, malam Sabtu.

Fabregas (kanan) melengkapkan gol kemenangan Chelsea.

Hadir di Selhurst Park dengan memori duka yang dicipta musim lalu, Chelsea yang dibimbing Jose Mourinho tidak memerlukan masa yang lama untuk meledak jaringan menerusi jaringan Oscar pada minit keenam.


Begitupun, kelebihan yang diharapkan dengan rentetan serangan ke gawang Palace gagal dijelmakan The Blues.

Malah mereka terpaksa beraksi 10 pemain selepas Cesar Azpilicueta diarah keluar padang kerana memperoleh kad merah pada minit ke-40.

Ketika perlawanan dianggap mula berpihak tuan rumah, kelebihan itu juga rupanya tidak lama apabila pemain Palace, Damien Delaney diarah keluar padang hanya tiga minit selepas Azpilicueta menerima kad merah.

Kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan berbeza memasuki babak kedua namun Chelsea terlebih dulu meledak jaringan menerusi satu gerakan cantik dimulakan Cesc Fabregas sebelum disudahkannya sendiri pada minit ke-51.

Dan ketika perlawanan hampir berakhir tanpa tambahan jaringan, Palace memperoleh gol sagu hati yang dijaringkan Fraizer Campbell pada minit ke-90.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan