Piala Malaysia: Jurulatih Kedah Tagih Pemain Pamer Aksi Konsisten

Diterbitkan: Sabtu, 18 Oktober 2014 1:37 PM

Pemain import pasukan Kedah, Namkung Woong (tengah) bersama rakan sepasukan menjalani latihan menjelang pertemuan separuh akhir pertama bertemu Pahang pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengendali pasukan Kedah, Tan Cheng Hoe yakin anak-anak buahnya berada di landasan terbaik menjelang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Pahang di Stadium Darul Aman pada Ahad.

Bekas penolong jurulatih skuad kebangsaan ini berkata, kemenangan 3-0 ke atas pasukan besar seperti Kelantan pada saingan suku akhir kedua minggu lalu adalah di luar jangkaannya.

"Sebenarnya memang kami sasar untuk menang, namun jaringan 3-0 itu sesuatu yang mengejutkan saya.

"Selepas tewas 3-1 pada saingan pertama di tempat lawan, pemain-pemain mula sedar bahawa setiap kesalahan kecil yang dilakukan itu telah merencatkan permainan mereka.

"Jadi mereka cuba mengubah corak permainan, membaca gerak-geri lawan dan akhirnya dapat menguasai permainan sehinggalah tamat perlawanan," jelasnya mengimbas kembali kemenangan bermakna yang membawa pasukannya beraksi di separuh akhir.

Ternyata percaturan Cheng Hoe yang menerima tugas untuk membimbing Kedah musim ini berjalan lancar selepas mengambil alih daripada jurulatih dari Australia, David Mitchell.

Tan Cheng Hoe


"Untuk sampai ke tahap ini bukanlah sesuatu yang mudah. Saya sentiasa bercakap dengan pemain-pemain agar menggunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya.

"Namun saya tidak memberi tekanan kepada mereka kerana itu hanya akan membuatkan pemain-pemain terganggu. 

"Mereka sudah banyak belajar daripada perlawanan sebelum ini dan saya yakin semua pemain akan konsisten ketika bertemu Pahang nanti.

"Sudah pasti kami mahu menang sekaligus mara ke final, tetapi kita perlu ingat siapa lawan nanti. Pasukan Pahang bukan calang-calang kerana mereka merupakan juara bertahan, malah turut menjulang Piala FA baru-baru ini.

"Saya sentiasa nasihatkan pemain  agar jangan ada rasa takut atau segan kepada lawan. Main dengan cara kita sendiri," katanya yang lega kerana semua pemainnya bebas daripada sebarang kecederaan.

Dalam pada itu Cheng Hoe mengakui tiada ramuan rahsia untuk sampai ke tahap ini.

"Semua pemain mempamerkan semangat berpasukan yang tinggi, mengikut arahan serta ada keyakinan diri. Itulah kunci paling penting dalam sesebuah pasukan.

"Dan sokongan penyokong-penyokong Kedah jugalah yang membuatkan kami lebih bersemangat untuk menang."Saya harap pada perlawanan Ahad ini, setiap sudut stadium akan dipenuhi dengan penyokong-penyokong Kedah," tambahnya.

Sebagai rekod, kali terakhir Kedah menjulang piala berprestij bola sepak tanah air ini pada tahun 2008 selepas menewaskan Selangor 3-2.

Tags / Kata Kunci: Bola sepak kedah , Tan Cheng Hoe

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan