Khairul Helmi Yakin Kedah Mampu Kutip Bekalan Selesa

Diterbitkan: Sabtu, 18 Oktober 2014 1:53 PM

(Ubah saiz teks)

KETUA pasukan Kedah, Khairul Helmi Johari yakin kesemua rakan sepasukannya mampu beraksi secara konsisten untuk mengatasi Pahang pada perlawanan separuh akhir 1, Piala Malaysia di Stadium Darul Aman pada Ahad.

Meskipun mengakui skuad Tok Gajah mempunyai kelebihan tersendiri, namun Khairul Helmi yakin pemain Kedah juga mampu mengutip bekalan selesa sebelum bertandang ke gelanggang lawan.

"Walaupun tidak banyak beza antara Kedah dan Pahang yang menggunakan khidmat pemain muda, namun keupayaan rakan-rakan dalam perlawanan bertemu Kelantan baru-baru ini telah membuktikan bahawa kami juga mampu.

"Pemain Kedah juga telah menunjukkan peningkatan selepas berjaya menewaskan Kelantan, walaupun pada awalnya kami ketinggalan.

"Kami juga masih ingat kepedihan apabila disingkirkan oleh Pahang pada perlawanan kelayakan ke Liga Super di Stadium Hang Tuah, Melaka, menerusi sepakan penalti," katanya kepada mStar.

Tambahnya, kejayaan Badrol Bakhtiar, Muhammad Hanif Mat Dzahir dan Syafiq Ahmad menjaringkan gol membuktikan skuad Helang Merah  tidak mengharapkan Billy Osmat Mehmet ataupun Namkung Woong untuk menghasilkan jaringan.

"Untuk diri sendiri, saya bersyukur kerana dapat meningkatkan prestasi membantu bahagian pertahanan bersama Adam Griffith. Kehadiran Shafizan Hashim serta Syazwan Tajuddin turut membentuk barisan pertahanan yang lebih baik dalam menyekat barisan serangan lawan.

"Saya juga yakin kombinasi Billy, Khyril Muhymeen Zambri dan Namkung pasti mampu memecah benteng pertahanan Pahang sambil dibantu sorakan semangat penyokong," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Pahang Piala Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan