Video: Pemain Barcelona, Gerard Pique Bertengkar, Hina Polis

Diterbitkan: Jumaat, 17 Oktober 2014 9:01 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN Barcelona, Gerard Pique memohon maaf secara terbuka kepada polis Barcelona selepas menghina pihak berkuasa terbabit yang mengeluarkan saman terhadap saudaranya.

Polis mengeluarkan saman terhadap kereta milik Pique selepas saudaranya meninggalkan kenderaan tersebut selama 15 minit di laluan bas dan teksi di Port Olimpic, Barcelona.

Ketika disaman oleh polis kerana menghalang lalu lintas, Pique, 27, telah menghina anggota bertugas dengan berkata," Kamu dengki kepada saya kerana saya terkenal.

The Spain star was in the Port Olimpic area of the city after he had flown back from Spanish international duty, when his brother stopped their car in a bus zone for 15 minutes. Pique allegedly snatched the fine out of his brother's hands and flung it back at police, before the pair entered Casino Barcelona

"Kamu saman saya kerana kamu berkuasa, kerana kamu tidak mempunyai wang dan mahukan komisyen.

"Saya akan bercakap dengan ketua kamu untuk mengambil tindakan. Kamu ingat kamu hebat di dunia ini kerana memakai seragam polis dan mengeluarkan saman.

"Bapa kamu akan membayar hutang ini - bukan saya. Pekerjaan kamu membuatkan saya sakit hati dan terhina," katanya.

Suami kepada penyanyi terkenal Shakira itu kemudian merampas saman tersebut daripada saudaranya dan membaling semula ke arah polis.

Pique with girlfriend Shakira on a less eventful night out at the basketball last month

Pique dan Shakira pada satu perlawanan bola jaring, bulan lalu. 

Pique bagaimanapun memohon maaf di laman sosial Twitter miliknya dan mengakui  bersalah kerana mengeluarkan hinaan tersebut.

Tindakan pemain itu memohon maaf turut menerima pujian penyokong dan rakan kelabnya.

Tags / Kata Kunci: Barcelona

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan