JDT Tempah Tiket Separuh Akhir Piala Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 16 Oktober 2014 10:28 PM

Pemain JDT Safiq Rahim meraikan jaringan bersama rakan-rakan ketika menentang Terengganu pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Larkin, Johor Bahru pada malam Khamis. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PASUKAN Johor Darul Ta'zim (JDT) menempah slot ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia 2014 selepas menewaskan Terengganu 3-1 pada saingan suku akhir kedua di Stadium Larkin, Johor Bahru malam Khamis.

Tiga jaringan JDT hasil dua gol Shafiq Rahim pada minit ke-15 dan 75, manakala satu lagi menerusi aksi Luciano Figuerao pada minit ke-21. Terengganu pula memperoleh gol tunggal hasil pemain Ashari Samsuddin pada minit ke-59.

Pasukan tuan rumah memenangi perlawanan malam Khamis dengan keputusan agregat 3-1, selepas seri tanpa jaringan pada aksi suku akhir pertama.

JDT akan menentang Felda United pada saingan separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 20 Oktober ini diikuti perlawanan separuh akhir kedua di sini, pada 25 Oktober.



Tags / Kata Kunci: JDT , Piala Malaysia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan