"Van Gaal Buka Pintu Kepada Pemain-Pemain Muda Sepertimana Saya Lakukan," - Alex Ferguson

Diterbitkan: Selasa, 14 Oktober 2014 12:35 PM

Sir Alex Ferguson menjulang trofi Liga Perdana Inggeris yang terakhir dimenanginya sebelum mengundurkan diri sebagai pengurus pada musim 2012/13.

(Ubah saiz teks)

BEKAS Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson berkata, keputusan Louis van Gaal untuk memberi peluang kepada sekurang-kurangnya tujuh pemain muda beraksi buat pertama kali dalam Liga Perdana Inggeris dan lain-lain perlawanan adalah satu langkah yang menurut tradisi kelab tersebut.

Sejak mengambil alih jawatan pengurus, Van Gaal telah memberi peluang kepada pemain-pemain remaja dan akademi untuk turun sebagai pilihan utama seperti Tyler Blackett, Paddy McNair, Tom Thorpe, Saidy Janko, Reece James, Jesse Lingard dan Andreas Pereira sama sepertimana Ferguson membuka peluang kepada Ryan Giggs, Phil dan Gary Neville, Nicky Butt, Paul Scholes dan David Beckham pada tahun 1992.

Menurut Ferguson, tradisi itu kini kekal di bawah jagaan Van Gaal.

"Walaupun United bermula lembab tetapi apa yang dilakukan oleh Van Gaal adalah sesuatu yang betul mengikut tradisi kelab ini dan itu yang membuat saya berasa selesa dan saya percaya, itulah juga apa yang Louis van Gaal percaya juga iaitu untuk melabur dan memberi kepercayaan kepada pemain-pemain muda. Contoh yang paling nyata ialah bagaimana dia melahirkan generasi pemain muda yang berkaliber ketika di Ajax Amsterdam seperti Edwin van der Sar, Edgar Davids dan Patrick Kluivert dan mereka ini memenangi Piala Eropah untuknya,” ujar Ferguson dalam satu temuramah bersama stesen televisyen Manchester United, MUTV.

Ferguson yang dianggap sebagai pengurus paling berjaya dalam sejarah bolasepak British turut menegaskan yang dia berasa rimas dikata sentiasa mengawasi Van Gaal.

United hanya mampu menduduki tangga ketujuh musim lalu di bawah kendalian penganti Ferguson iaitu David Moyes yang kemudiannya dipecat pada April dan diganti buat sementara waktu oleh Ryan Giggs sebelum United melantik Van Gaal sebagai pengurus tetap.

Pelantikan Van Gaal yang merupakan bekas pengurus skuad kebangsaan Belanda hanya diumum secara rasmi oleh United sebaik sahaja temasya Piala Dunia selesai Julai lalu.

Dalam temuramah tersebut, Ferguson berkata: “Memang benar, dia (Van Gaal) belum lagi mencapai keputusan sepertimana yang kita inginkan tetapi barang diingat ketika saya mula-mula sertai kelab ini pada November 1986, saya juga tidak memperolehi sasaran yang ditetapkan. Apa yang saya perlukan pada masa itu ialah untuk Sir Bobby Charlton, Martin Edwards (pengerusi) dan lembaga pengarah menaruh sepenuh kepercayaan ke atas saya dan selepas itu sebaik sahaja saya mula berasa selesa, semuanya berjalan lancar."

Menurut Ferguson lagi, Van Gaal kini sedang melalui proses penyesuaian diri dan proses yang sama sepertimana dirinya dahulu dan tanpa ragu-ragu, pengurus berpengalaman itu akan dapat atasi apa jua rintangan yang ada sekarang.

Pada masa yang sama, Ferguson juga bersetuju dengan keputusan kelab itu untuk memecah rekod perpindahan British melalui pembelian pemain sayap Real Madrid, Angel di María.

"Jika anda tengok jumlah yang dibayar untuk mendapatkan pemain seperti Gareth Bale (£85 juta - rekod dunia) anda akan dapati jumlah yang dibayar untuk untuk Di Maria iaitu £59.7 juta adalah sesuatu yang wajar kerana kemampuan yang dapat dipersembahkannya setiap minggu di atas padang. Manchester United mempunyai kemampuan untuk membayar harga tersebut," katanya lagi.

Begitu juga dengan Anders Herrera (£28.5 juta), kata Ferguson, yang bermain menentang United ketika mewakili Atletico Bilbao tiga tahun lalu.

Jelas Ferguson, pemain tersebut mempunyai bakat semulajadi dan sangat agresif walaupun berbadan kecil dan United meninjau perkembangannya sejak zaman dia memimpin kelab itu lagi.

“Saya juga turut melihat Marcos Rojo (£16juta) bermain ketika di temasya Piala Dunia dan saya berpendapat dia adalah seorang pemain bek/sayap kiri atau pemain pertahanan tengah yang berkualiti. Dan tentang Daley Blind (£14 juta) pula dia adalah seorang pemain berpasukan yang mantap dan baik. Gaya permainannya mengingatkan saya kepada Darren Fletcher beberapa tahun dahulu. Blind bermain dengan gaya yang mudah tetapi berkeyakinan. Dia bagus sebagai pelindung kepada barisan pertahanan dan pada masa yang sama bergerak pantas ke hadapan,” ujar Ferguson tentang bintang-bintang baru United.


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan