Rooney Pacu Kemenangan England, Sepanyol Bangkit Benam Luxembourg

Diterbitkan: Isnin, 13 Oktober 2014 7:27 AM

Rooney menjaringkan gol tunggal England.

(Ubah saiz teks)

ENGLAND menguasai corak permainan apabila Estonia beraksi dengan hanya 10 orang pemain sebelum Wayne Rooney membantu pasukan kendalian Roy Hodgson itu menang 1-0 di gelanggang lawan pada aksi kelayakan Euro 2016 di Tallinn, awal pagi Isnin.

Kemenangan itu memboleh England mengutip tiga mata penuh dan meletakkan mereka di kedudukan teratas Kumpulan E dengan sembilan mata.

Penyerang sensasi Manchester United itu menjaringkan gol ke-43 untuk England, ketinggalan enam gol untuk menyamai rekod Bobby Charlton.

Estonia kehilangan kaptennya Ragnar Klavan pada permulaan aksi babak kedua selepas dilayangkan kad merah kerana mengasari Danny Wellback.

Dalam perlawanan berasingan, Sepanyol mencatat kemenangan besar apabila menewaskan Luxembourg 4-0 di Stadium Josy Barthel, awal pagi Isnin.

Dalam perlawanan itu, Diego Costa akhirnya menjaringkan gol pertama untuk Sepanyol.

Diego Costa.

Terdahulu, juara bertahan itu tewas mengejut 2-1 kepada Slovakia namun kemenangan tersebut membuktikan mereka bangkit untuk menebus kekecewaaan.

La Roja berada di depan seawal minit ke-26 menerusi jaringan David Silva sebelum Paco Alcacer menggandakan jaringan pada minit ke-42.

Costa mempamerkan aksi cemerlang apabila merembat masuk gol ketiga pada minit ke-69 sebelum Juan Bernat melengkapkan gol kemenangan.

Kemenangan itu meletakkan Sepanyol di tempat kedua Kumpulan C, ketinggalan tiga mata dibelakang pendahulu, Slovakia.


Tags / Kata Kunci: Euro 2016 , Sepanyol , England

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan