Kelayakan Euro 2016: Poland Catat Sejarah Tewaskan Jerman 2-0

Diterbitkan: Ahad, 12 Oktober 2014 7:10 AM

Arkadiusz Milik (kanan) menjaringkan gol pembukaan Poland.

(Ubah saiz teks)

POLAND mencatat sejarah kemenangan pertama ke atas Jerman apabila menewaskan pasukan kendalian pengurus Joachim Löw 2-0 dalam aksi kelayakan Euro 2016 di Warsaw, Poland awal pagi Ahad.

Pasukan tuan rumah menjaringkan dua gol pada babak kedua menerusi Arkadiusz Milik pada minit ke-50 dan pemain gantian Sebastian Mila pada minit ke-88.

Jerman gagal memanfaatkan beberapa peluang besar untuk memecah kebuntuan.

Szczesny (kiri) meraikan kemenangan Poland bersama kapten pasukan, Robert Lewandowski. 

Pemain yang membuat penampilan pertamanya, Karim Bellarabi mempunyai peluang terbaik untuk mencipta hatrik untuk Jerman namun kecekapan penjaga gol Poland, Wojciech Szczesny berjaya mematahkan percubaan tersebut.

Pemain gantian Jerman, Lukas Podolski nyaris merapatkan jurang gol ketika perlawanan berbaki 10 minit tetapi percubaannya terkena palang.

Ia merupakan kekalahan pertama Jerman di gelanggang lawan sejak 1998 dan juga kekalahan pertama dalam aksi kompetitif dalam tempoh tujuh tahun.

Jerman akan melayan kunjungan Republik Ireland manakala Poland akan bertemu Scotland pada Selasa depan.




Tags / Kata Kunci: Euro 2016 , Jerman , Poland

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan