Terengganu Tidak Turun Ke Stadium Larkin Jika Tarikh Tangguh Perlawanan Dikekal

Diterbitkan: Khamis, 9 Oktober 2014 5:25 PM

Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid. - foto ZABIDI TUSIN/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu tidak akan bermain pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Larkin, Johor Baharu, jika tarikh penangguhan dikekalkan pada 17 Oktober ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata perkara tersebut telah diputuskan oleh jawatankuasa eksekutif badan itu Khamis.

"PBSNT mungkin tidak akan bermain pada tarikh tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di pejabat PBSNT di sini.

Turut hadir Timbalan Presiden Marzuki Sulong merangkap pengurus pasukan Terengganu.

Menurut Wan Ahmad Nizam, Terengganu bersedia bermain pada bila-bila masa selain daripada tarikh tersebut.

"Sepatutnya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memanggil kedua-dua pasukan duduk semeja berbincang untuk mendapat kata sepakat dan keadilan kepada semua," tegas beliau.

Katanya FAM telah menunda perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia yang dijadualkan berlangsung di Johor Baharu daripada 11 Okt kepada 17 Okt atas permintaan JDT.

Terengganu dan JDT seri tanpa jaringan dalam perlawanan suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Jumaat lepas.

Wan Ahmad Nizam berkata mesyuarat itu juga mengambil keputusan memohon FAM mengekalkan tarikh asal perlawanan tersebut.

Sementara itu, FAM dijangka memanggil wakil kedua-dua pasukan itu untuk membincangkan isu penangguhan tarikh di Wisma FAM, Kelana Jaya, Petaling Jaya pada Jumaat.

Tags / Kata Kunci: Terengganu , JDT , Stadium Larkin

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan