Perpindahan Pemain Tidak Jejas Kesebelasan Utama Sarawak

Diterbitkan: Khamis, 9 Oktober 2014 8:42 PM

Abdullah Julahi.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Walaupun laporan akhbar tempatan menyebut sebilangan pemain Liga Super Sarawak akan beralih angin ke Semenanjung musim depan, namun Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) berkata kesebelasan utama pemain pasukan itu tidak terjejas.

Setiausaha Agung FAS, Abdullah Julahi, bagaimanapun, berkata perpindahan serta pengambilan pemain baharu sudah menjadi lumrah bagi mana-mana pasukan di dunia.

Beliau berkata peminat dan penyokong pasukan Sarawak tidak perlu panik berhubung perpindahan pemain kerana persatuan itu mempunyai strategi sendiri untuk membentuk pasukan mantap bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia.

"Kecuali S. Chanturu, kesemua pemain dalam kesebelasan utama masih berada bersama kita...yang paling penting adalah strategi untuk melakarkan pencapaian yang lebih baik musim depan," katanya.

"Kita berusaha ke arah itu dan kami memahami kebimbingan dan sentimen peminat," katanya.

Abdullah berkata dalam sukan bola sepak memang ada penawaran dan permintaan pemain dan FAS tidak akan menghalang mana-mana pemain yang berhasrat untuk beralih angin.

Beliau berkata ura-ura pemain Junior Elstar akan menyertai pasukan Selangor musim depan adalah tidak benar kerana masih belum ada pengesahahan berhubung perpindahannya.

Menurutnya, kesemua tiga pemain importnya iaitu Muamer Salisbasic, Gabor Gypes dan Ryan Griffith masih bersama pasukan.

Beliau berkata mesyuarat exco pada Jumaat, yang dipengerusikan oleh presiden Datuk Sudarsono Osman, akan membincangkan isu pemain.
Tags / Kata Kunci: Abdullah Julahi , Liga Super , Sarawak

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan