Siapa Pengganti Pardew Di Newcastle?

Diterbitkan: Rabu, 8 Oktober 2014 2:47 PM

(Ubah saiz teks)

DENGAN rekod buruk, nasib pengurus Newcastle boleh dianggap bagaikan telur di hujung tanduk. Ketika pasukan itu berada di kelompok tiga terbawah, nama Alan Pardew sangat ‘popular’ untuk mengisi carta pengurus pertama bakal dipecat pada musim ini.


Selepas tujuh perlawanan peminat dan pemilik Newcastle masih ternanti-nanti tiga mata penuh diperoleh pasukan itu.

Setakat ini, Newcastle hanya mempunyai empat mata hasil empat keputusan seri dan tiga kekalahan.

Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa tindak tanduk Pardew sedang diteliti pemilik kelab, Mike Ashley yang sering hadir ketika pasukan itu turun padang.

Jika benar Pardew dipecat, berikut adalah beberapa nama yang mungkin mampu mengubah nasib Newcastle jika diberikan kedudukan sebagai pengurus.

*  Patrick Kluivert
Bekas pemain Belanda dan Barcelona ini pernah dikenali sebagai penyerang berbisa. Selepas bersara Kluivert pernah berkhidmat sebagai jurulatih, termasuk sebagai orang kepercayaan Louis Van Gaal di Piala Dunia baru-baru ini. Media melaporkan Kluivert  dikatkan dengan beberapa jawatan ketika dia cuba mendapatkan tugas sebagai pengurus untuk kali pertama.

*  Rafael Benitez
Ada pihak mendakwa nama bekas pengurus Liverpool ini disenarai pendek sebelum Pardew ditawarkan jawatan itu beberapa musim lalu. Dengan rekod kemenangan sebanyak 50 peratus selepas lebih 800 perlawanan, Benitez akan mencipta kejutan jika berjaya dipujuk meninggalkan tugasnya di Napoli ketika ini.

*  Frank de Boer
Kini menguruskan kelab Belanda, Ajax, de Boer pernah disebut-sebut mengendalikan kelab Tottenham Hotspur sebelum ia diisi oleh Mauricio Pochettino. Dalam tempoh tiga tahun peratusan kemenangan pasukan dibawah de Boer ialah lebih 60 peratus.  Walaupun kemungkinan de Boer meninggalkan kerjaya selesanya di Liga Belanda, bukan menjadi rahsia lagi bahawa dia memang mahu mencuba nasib di Liga Perdana Inggeris.

*  David Moyes
Selepas gagal menyerlah di Manchester United pemerhati meramalkan Moyes tidak perlukan masa lama untuk kembali diberi kepercayaan mengendalikan kelab penting di England. Bekas pengurus Everton itu pernah mengendalikan pasukannya tanpa peruntukan pemindahan pemain dan jika dibawa ke Newcastle, dia dipercayai akan dapat mengukuhkan barisan pertahanan pasukan berkenaan.

*  Tim Sherwood
Selama enam bulan menjadi pengurus sementara Tottenham, kebolehan Sherwood dapat dilihat dengan  jelas ketika dia membawa kelab itu ke kedudukan keenam liga dan melayakkan mereka bersaing di Liga Europa tahun ini. Tawaran daripada Newcastle tentu akan disambar Sherwood bagi membuktikan bahawa penyingkirannya dari Tottenham adalah salah.

Tags / Kata Kunci: Alan Pardew , Newcastle , Mike Ashley

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan