Chelsea Pilihan Terbaik Cesc Fabregas - Bola Sepak | mStar

Chelsea Pilihan Terbaik Cesc Fabregas

Diterbitkan: Rabu, 8 Oktober 2014 8:15 AM

Cesc Fabregas. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

PEMAIN Chelsea, Cesc Fabregas membuat pengakuan bahawa sebenarnya terdapat tiga kelab yang bersedia untuk mengambilnya sebagai pemain pada musim panas lalu. Bagaimanapun, Fabregas menilai pasukan The Blues merupakan pilihan terbaik yang ada ketika itu.

Chelsea membuat kejayaan yang mengejutkan apabila mengambil khidmat Cesc Fabregas pada musim lalu. Ini kerana sebelum itu bekas pemain Barcelona itu dikaitkan dengan Arsenal dan Manchester United.

Bagaimanapun, Fabregas mengaku bahawa beliau lebih memilih Chelsea. Menurut Fabregas, alasannya adalah Chelsea dilihat sebagai kelab yang lebih memberi jaminan yang meyakinkan.

"Saya selalu bermain di kelab yang saya inginkan. Pada akhir musim lalu, saya lihat Chelsea sebagai pilihan terbaik, Saya selalu ingin kembali ke liga Inggeris dan saya bercakap dengan Mourinho, dan menyedari bahawa inilah pilihan terbaik.

"Perpindahan ini sudah diaturkan oleh ejen saya. Tiada komunikasi dengan Mourinho dan hanya bersemuka selepas itu. Mourinho menunjukkan reaksi yang luar biasa sehingga mampu meyakinkan saya dengan cepat," jelas Fabregas.

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Cesc Fabregas
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan